Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
US China Tarif

China Kenakan Tarif Balas Ke Atas Produk AS, Google Turut Disiasat

Diterbitkan Februari 4, 2025 ยท Dikemas kini Februari 4, 2025 oleh Amalina Athman

China hari ini mengumumkan pelbagai langkah balas terhadap tindakan Amerika Syarikat, termasuk mengenakan tarif ke atas produk-produk tertentu dari AS serta memulakan siasatan antimonopoli terhadap Google.

Buat pengetahuan, tarif tambahan 10% ke atas produk dari China yang dieksport ke AS mula berkuat kuasa pada 12:01 pagi ET pada Selasa (13:01 GMT+8).

Dalam beberapa minit kemudian, Kementerian Kewangan China mengumumkan bahawa ia akan mengenakan tarif 15% ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari AS, serta 10% bagi minyak mentah, peralatan pertanian, dan beberapa jenis kenderaan. Tarif baharu itu akan berkuat kuasa mulai Isnin, 10 Februari 2025.

Secara berasingan, Kementerian Perdagangan dan Pentadbiran Am Kastam China mengatakan bahawa negara itu sedang mengenakan kawalan eksport ke atas tungsten, tellurium, ruthenium, molibdenum, dan barangan berkaitan ruthenium untuk “mempertahankan kepentingan keselamatan negara”.

Sebagai tambahan, China juga mengumumkan siasatan terhadap Google atas dakwaan pelanggaran undang-undang antimonopoli. Pengumuman itu tidak menyebut mengenai tarif, tetapi ia dibuat hanya beberapa minit selepas tarif 10% AS ke atas China mula berkuat kuasa.

Namun begitu, tidak jelas bagaimana siasatan ini akan memberi kesan kepada operasi Google.

Respons China masih seimbang

Seorang profesor di Universiti Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa di Beijing, John Gong menggambarkan respons China sebagai seimbang dan tidak terlalu agresif. Menurutnya,

Saya rasa mereka tidak mahu perang perdagangan ini semakin meningkat..mereka melihat contoh dari Kanada dan Mexico dan mungkin berharap perkara yang sama berlaku.

Trump pada Isnin menggantung sementara 25% tarif ke atas Mexico dan Kanada pada saat-saat akhir, bersetuju penangguhan selama 30 hari sebagai ganti kepada konsesi kawalan sempadan dan jenayah dengan kedua-dua negara jiran.

Ia bukanlah kali pertama tindakan balas antara kedua-dua negara. China dan AS terlibat dalam perang perdagangan pada tahun 2018 apabila Trump menaikkan tarif ke atas barangan China dan China membalas dengan cara yang sama.

Kali ini, penganalisis berpendapat China jauh lebih bersedia untuk bertindak balas, dengan kerajaan mengumumkan pelbagai langkah yang merangkumi pelbagai sektor ekonomi, dari tenaga hingga syarikat-syarikat AS secara individu.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • China Haramkan Eksport Mineral Utama Ke Amerika Syarikat
  • AS Siasat Jika DeepSeek Guna Cip AI Yang Diharamkan
  • Kenali Kimi k1.5 - Model AI Terbaru Dari China, Setanding OpenAI o1, Percuma Dan Tanpa Had

Rujukan: Reuters (1, 2), AP via Yahoo news

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY