Jadi, Bilakah Anda Boleh Mendapatkan Windows 11 Untuk Komputer Anda?

Untuk makluman anda, pada acara Windows 11 yang diumumkan Microsoft hari ini, mereka tidak menyatakan secara jelas bilakah Windows 11 akan ditawarkan kepada para penggunanya.

Di laman rasmi mereka. Microsoft hanya menyatakan yang Windows 11 akan ditawarkan pada awal tahun 2022 nanti secara percuma kepada para pengguna Windows 10.

"If your existing Windows 10 PC is running the most current version of Windows 10 and meets the minimum hardware specifications it will be able to upgrade to Windows 11. The upgrade rollout plan is still being finalized, but for most devices already in use today, we expect it to be ready sometime in early 2022. Not all Windows 10 PCs that are eligible to upgrade to Windows 11 will be offered to upgrade at the same time." Microsoft

Walaubagaimanapun, Microsoft ada juga menyatakan yang pengguna Windows 10 akan menerima naik taraf Windows 11 pada lewat tahun ini. (Mungkin seawal bulan Oktober nanti)

"The free upgrade will begin to roll out to eligible Windows 10 PCs this holiday and continuing into 2022." Microsoft.

Tetapi bagi anda yang dah tak sabar nak menggunakan Windows 11 ini, anda bolehlah mendaftar dengan Windows Insider kerana pengguna yang berdaftar dengan program itu akan menerima Windows 11 seawal 28 Jun ini.

https://twitter.com/windowsinsider/status/1408094218036269063

Anda boleh mendaftar dengan Windows Insider Program di laman laman rasmi Windows Insider.

Sumber: Windows

Baca juga: Ini Spesifikasi Asas Dan Keperluan Lain Bagi Membolehkan Komputer Anda Menjalankan Sistem Windows 11 Dan Ciri-Ciri Utamanya