Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ulam raja ukm

Penyelidik UKM Temui Bahawa Ulam Ini Dapat Atasi Masalah Nyanyuk

Diterbitkan November 30, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Masalah nyanyuk dan penyakit dalaman tidak asing pada bagi mereka yang berumur. Bagaimanapun, masih ramai daripada mereka yang berumur hampir mencecah seabad kekal sihat dengan ingatan yang kuat. Kata mereka rahsianya ialah pada pemakanan.

Dr. You Yee Xing, dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menemui bahawa ulam raja yang kaya dengan polifenol dan antioksidan dapat mencegah penyakit nyanyuk.

Beliau kemudiannya mencipta suplemen berasaskan ulam raja yang berpotensi bertindak sebagai agen pencegahan kecelaruan kognitif dengan menurunkan aras peroksida lipid, meningkatkan aras serum glutation dan mengaktifkan otak.

Suplemen tersebut dikatakan dapat meningkatkan fungsi kognitif global, ingatan kerja, mengurangkan ketegangan dan gangguan emosi dalam kalangan warga emas.
Penemuan ini juga dapat memberi kesan positif pada kesihatan individu dan ekonomi negara serta industri pertanian yang berkaitan dengan Ulam Raja sekali gus meningkatkan pendapatan negara.

Sumber: Facebook UKM

Baca juga:

  • Jika TM Gagal Kembalikan Sambungan Unifi Dalam 24 Jam, Pengguna Dapat Rebat RM50
  • Guna Cara Ini Untuk Dapat Diskaun 10% Bayaran Bulanan PTPTN
  • Pendaftaran Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia Dijangka Bermula Suku Kedua 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY