Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyelidik Bangunkan Robot Mikro Hantar Ubat Terus Ke Sasaran Dalam Tubuh

Penyelidik Bangunkan Robot Mikro Hantar Ubat Terus Ke Sasaran Dalam Tubuh

Diterbitkan November 18, 2025 oleh ariff bukhari

Setiap tahun, jutaan pesakit seluruh dunia mengalami strok yang boleh membawa maut atau kecacatan kekal.

Rawatan sedia ada menggunakan ubat untuk melarutkan bekuan darah, namun dos tinggi diperlukan kerana ubat tersebar ke seluruh badan, sekali gus meningkatkan risiko pendarahan dalaman.

Kini, penyelidik di ETH Zurich berjaya membangunkan microrobot bersaiz kapsul gel larut yang mampu menghantar ubat terus ke lokasi sasaran dalam tubuh.

Kapsul ini dipandu menggunakan sistem navigasi elektromagnetik canggih yang mengandungi nanopartikel oksida besi untuk kawalan magnetik dan nanopartikel tantalum sebagai agen kontras bagi membolehkan doktor menjejaki pergerakannya melalui X-ray.

Penyelidik Bangunkan Robot Mikro Hantar Ubat Terus Ke Sasaran Dalam Tubuh

Microrobot ini boleh dimuatkan dengan pelbagai jenis ubat – termasuk agen pelarut trombus, antibiotik, dan ubat antikanser.

Apabila tiba di lokasi sasaran, kapsul dipanaskan oleh medan magnet frekuensi tinggi lalu larut dan melepaskan ubat dengan tepat.

Walaupun robot mikro ini belum diuji pada manusia, tapi ujian yang dibuat dalam model saluran darah silikon serta haiwan besar seperti khinzir dan kambing biri-biri menunjukkan keberkesanannya lebih 95% dalam menghantar ubat ke lokasi yang betul.

Kejayaan ini sekali gus membuka peluang besar bukan sahaja untuk rawatan strok, tetapi juga jangkitan setempat dan tumor.

Robot mikro ETH Zurich berpotensi mengubah cara rawatan diberikan dengan lebih pantas, tepat, dan selamat.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Kos Elektrik Kereta Api Laju Di China Hanya RM0.94 sen Setiap 100Km
  • 110,000 GPU NVIDIA Bakal Kuasakan Superkomputer AI Jabatan Tenaga AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY