Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyekat Iklan Dengan 34 Juta Pengguna Tidak Akan Lagi Berfungsi Di Chrome

Penyekat Iklan Dengan 34 Juta Pengguna Tidak Akan Lagi Berfungsi Di Chrome

Diterbitkan Ogos 13, 2024 · Dikemas kini Ogos 13, 2024 oleh ariff bukhari

Salah satu penyekat iklan (ad block) popular yang digunakan oleh lebih 34 juta pengguna tidak akan lagi dapat menggunakannya di pelayar Chrome.

Ia selepas Google, membuat perubahan dasar baru-baru ini dalam Chrome yang akan memberi kesan kepada penyekat iklan seperti uBlock Origin.

Perubahan dalam sokongan sambungan (extension) Chrome — daripada rangka kerja Manifest V2 kepada V3 yang lebih baharu — ditetapkan sebagai satu cara untuk menjadikan ciri tambah pelayar yang lebih selamat, lebih cekap dan mematuhi API moden.

uBlock Origin
uBlock Origin masih berfungsi di pelayar Chrome setakat ini.

Akibatnya, uBlock Origin yang merupakan salah satu sambungan penyekat iklan popular di chrome web store tidak dapat digunakan apabila pelayar Chrome dikemas kini kepada versi terbaru nanti.

Jadi, pengguna yang selama ini menggunakan sambungan uBlock Origin terpaksalah mencari penyekat iklan yang baharu atau pelayar yang berbeza seperti Firefox, Edge, Opera dan pelayar yang berasaskan Chromium lain yang sepatutnya masih menyokong uBlock Origin.

Sumber: PCWorld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Google Akan Buat Lebih Banyak Duit, 'Pause' Video YouTube Pun Akan Keluar Iklan
  • Google Search Akan Sertakan Iklan Di AI Overview
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • X Saman Sekumpulan Pengiklan, Dakwa Berpakat Boikot Secara Haram

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY