Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permintaan Barangan Kesihatan Oleh Pengguna Malaysia Meningkat Sehingga 6 Kali Ganda Di Shopee

Lebih 1000 Penjual Raih Lebih RM400 Ribu Hanya Dalam Tempoh 3 Hari Dengan Shopee

Diterbitkan Mei 20, 2022 oleh ariff bukhari

Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee hari ini memaklumkan mereka terus memberi impak kepada komuniti dan memacu ekonomi digital.

Shopee mendedahkan sepanjang tahun 2021 lalu, 1 daripaada 6 pesanan yang dibuat adalah dilakukan oleh pengguna kali pertama shopee.

Malah bilangan penjual Shopee dari luar bandar utama juga telah meningkat sebanyak 70% pada tahun 2021 lalu.

Bilangan pengguna ShopeePay di luar bandar-bandar utama turut melonjak sehingga 2.5 kali ganda yang melihatkan lebih ramai orang menikmati kemudahan pembayaran digital.

ShopeePay turut menghubungkan peniaga dalam talian dan luar talian kepada pelanggan baharu.

Shopee juga memaklumkan, inisiatif #ShopeeSapotLokal yang bertujuan mengetengahkan para penjual dan membantu mereka menjangkau lebih ramai pembeli serta mengembangkan pangkalan pelanggan mereka telah berjaya merekodkan lebih daripada 1,000 penjual tempatan mencapai jualan melebihi AS$100,000 (RM439,450) hanya dalam tempoh 3 hari sahaja.

Pencapaian itu dicapai semasa festival-festival akhir tahun Shopee – 9 September, 11 November dan 12 Disember.

Shopee in 2021 – Infographics

Shopee menyatakan, mereka menjadi pilihan pengguna kerana platfom mereka menyajikan lebih banyak keseronokan dan kemudahan untuk para pembeli, di samping melatih individu yang berbakat untuk mencapai kejayaan dalam ekonomi digital yang semakin berkembang.

Sumber: Media rasmi Shopee

Baca juga:

  • Xiaomi, OPPO, vivo Kurangkan Pengeluaran Sebanyak 20%
  • Xiaomi Kemas Kini Senarai Peranti Yang Ditamatkan Sokongan, Redmi Note 7 Antaranya
  • Ini Reka Bentuk realme 9 Pro+ 5G Edisi Free Fire, Lancar Di Malaysia Minggu Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY