Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Malaysia-Singapura Kini Boleh Pindah Dana Segera Guna DuitNow Dan PayNow

Pengguna Malaysia-Singapura Kini Boleh Pindah Dana Segera Guna DuitNow Dan PayNow

Diterbitkan November 20, 2023 · Dikemas kini November 20, 2023 oleh Amal Addin

Sebuah kerjasama telah dijalinkan antara Bank Negara Malaysia (BNM) dengan Monetary Authority of Singapore (MAS). Mereka telah melancarkan tautan sistem pembayaran masa nyata antara DuitNow Malaysia dengan PayNow Singapura.

BNM menyatakan jalinan DuitNow-PayNow membolehkan pemindahan dana dengan rakan sejajar (P2P) antara kedua-dua negara tersebut dapat dilakukan dengan segera, aman dan memberangsangkan dari segi biaya.

DuitNow-PayNow adalah sistem pembayaran masa nyata pertama yang membolehkan penglibatan institusi kewangan bukan bank dari kedua-dua negara untuk membolehkan akses kepada pengguna dengan lebih meluas.

Untuk memindahkan wang, penghantar hanya perlukan nombor mudah alih Virtual Payment Address (VPA) penerima. Had maksimum pemindahan harian adalah RM3,000 atau SGD1,000.

Jalinan kerjasama dikatakan telah diwar-warkan pada September 2021 lalu. Walau bagaimanapun pembayaran QR rentas sempadan telah tersedia pada Mac 2023 serta pemindahan dana P2P telah mula tersedia pada 17 November 2023.

Pengguna Malaysia-Singapura Kini Boleh Pindah Dana Segera Guna DuitNow Dan PayNow

Bagi pengguna di Malaysia, pemindahan dana P2P boleh dilakukan melalui Maybank, CIMB Bank dan Touch ‘n Go (TNG) eWallet. Pengguna TNG eWallet hanya boleh memindahkan dana dari Malaysia ke Singapura sahaja tetapi tidak boleh menerima dana dari Singapura kerana ciri tersebut belum tersedia lagi dan akan tersedia pada bulan hadapan.

Untuk pengguna di Singapura pula, pemindahan dana P2P boleh dilakukan melalui Liquid Group, Maybank Singapura, OCBC dan UOB. Institusi kewangan yang dinyatakan menjalankan ciri ini secara berperingkat serta akan meningkatkan jumlah pengguna yang layak mengikut kumpulan sehingga akhir Januari tahun hadapan.

Hong Leong Bank di Malaysia dan DBS di Singapura turut berminat untuk menawarkan perkhidmatan ini tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Pelanggan mungkin akan dikenakan caj untuk menjalankan pemindahan dana rentas sempadan segera ke Singapura. Caj yang dikenakan mungkin berbeza mengikut institusi kewangan. Akan tetapi, Maybank dikatakan tidak akan mengenakan caj perkhidmatan untuk ciri ini yang dipanggil oleh bank sebagai DuitNow Overseas Transfer.

Berkaitan

  • HLB Connect Sokong Kod QR Peniaga Di Thailand Dan Singapura
  • Malaysia Dan Indonesia Umum Sokongan Pembayaran Kod QR Rentas Dua Negara
  • Maybank: Tiada Caj DuitNow QR Dikenakan Kepada Peniaga Buat Masa Ini
  • Caj Transaksi DuitNow QR Tidak Bebankan Golongan Pendapatan Rendah - PM
  • 4 Negara Sokong Pembayaran Kod QR MAE, Ini Cara Guna

Sumber: BNM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY