Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iPhone Dan iPad Kini Boleh Guna 4 Ciri Baru Pelayar Chrome

Pengguna iPhone Dan iPad Kini Boleh Guna 4 Ciri Baru Pelayar Chrome

Diterbitkan Julai 14, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam usaha menarik pengguna iPhone dan iPad untuk menggunakan pelayar Chrome berbanding Safari dari Apple, Google memperkenalkan 4 ciri baru yang cukuop menarik untuk pengguna iPhone.

Ciri baru ini pastinya akan menjadikan pelayar Chrome berbeza dengan lebih banyak ciri yang memudahkan aktiviti harian yang tiada pada pelayar lain.

1. Lihat alamat pada peta

Apabila anda melihat alamat dalam Chrome di peranti iOS, anda tidak perlu lagi menukar aplikasi untuk mencarinya pada peta.

Chrome kini menggunakan kecerdasan buatan AI untuk mengesan alamat pada laman sesawang dan apabila anda menekan dan menahan (press and hold) pada alamat yang dikesan, anda akan dapat melihat pilihan untuk melihatnya pada Peta Google mini terus dari dalam pelayar Chrome.

Pengguna iPhone Dan iPad Kini Boleh Guna 4 Ciri Baru Pelayar Chrome

2. Buat acara kalendar dengan mudah

Pengguna Chrome pada iOS kini boleh membuat acara Kalendar Google terus dalam Chrome tanpa perlu menukar aplikasi atau menyalin maklumat secara manual.

Hanya tekan dan tahan tarikh yang dikesan dan pilih pilihan untuk menambahkannya pada Kalendar Google anda.

Chrome akan membuat dan mengisi acara kalendar secara automatik dengan butiran penting seperti masa, lokasi dan perihalan.

Pengguna iPhone Dan iPad Kini Boleh Guna 4 Ciri Baru Pelayar Chrome

3. Dapatkan terjemahan yang lebih baik

Google menjadikan model AI mereka bertambah baik di mana Chrome mampu mengesan bahasa yang digunakan dalam laman sesawang dan mencadangkan terjemahan.

Katakan anda merancang untuk melawat muzium di Itali, tetapi tapak itu dalam bahasa Itali dan anda tidak bercakap bahasa itu, Chrome akan secara automatik menawarkan untuk menterjemah tapak sesawang muzium itu ke dalam bahasa pilihan anda.

Anda juga kini boleh menterjemah bahagian tertentu halaman menggunakan Terjemahan Google terus dalam Chrome pada peranti iOS anda.

Pengguna iPhone Dan iPad Kini Boleh Guna 4 Ciri Baru Pelayar Chrome

4. Carian dengan kamera

Ciri baru terakhir adalah ciri carian menggunakan Google Lens. Pengguna iOS kini boleh membuat varian dengan imej untuk melakukan perkara seperti mengenal pasti tumbuhan, mendapatkan bantuan kerja rumah dan menterjemah bahasa dalam masa nyata.

Anda sudah boleh menggunakan Lens dalam Chrome pada iOS dengan menekan lama pada imej yang ditemui semasa mengimbas.

Untuk menggunakan ciri ini, perhatikan ikon Lens dalam bar alamat Chrome pada iOS.

Pengguna iPhone Dan iPad Kini Boleh Guna 4 Ciri Baru Pelayar Chrome

Google turut memaklumkan dalam beberapa bulan akan datang, anda juga akan dapat menggunakan kamera untuk mencari dengan gambar baharu yang anda ambil dan imej sedia ada dalam gulungan kamera anda.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Apple Malaysia Bagi Percuma Apple Pencil Dan AirPods Dalam Kempen Terbaru
  • nubia Neo 5G Rasmi, Telefon 'Gaming' 5G Bawah RM1000

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY