Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple diskaun

Apple Malaysia Bagi Percuma Apple Pencil Dan AirPods Dalam Kempen Terbaru

Diterbitkan Julai 14, 2023 · Dikemas kini Julai 14, 2023 oleh ariff bukhari

Sempena kempen Back to School, ini adalah masa terbaik untuk anda membeli barangan Apple khusus kepada para pelajar universiti kerana Apple Malaysia akan memberikan secara percuma AirPods dan Apple Pencil apabila anda membeli komputer Macintosh atau iPad.

Malah anda juga pada masa yang sama dapat membeli barangan Apple tersebut pada harga diskaun menerusi UNiDAYS.

Produk Apple yang terlibat dalam kempen ini adalah MacBook Air 13″ (M1 dan M2), MacBook Air 15″ (M2), MacBook Pro 13”, MacBook Pro 14”, MacBook Pro 16”, iMac, Mac mini, iPad Air, iPad Pro 11″ dan iPad Pro 12.9″.

Apple diskaun
Apple diskaun

Selain itu, pelajar juga akan mendapat penjimatan ke atas pembelian Magic Keyboard dan diskaun sebanyak 20% untuk AppleCare Protection Plan dan banyak lagi.

Ditambah lagi tawaran langgan dan dapatkan 3 bulan tambahan Apple Music percuma. Pelajar juga dapat kadar istimewa iaitu hanya membayar RM8.90/bulan sahaja dengan akses percuma Apple TV+.

Apa yang anda perlukan adalah pengesahan status pelajar dengan UNiDAYS.

Untuk info lanjut layari laman rasmi Apple Malaysia.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Jualan Mega Merdeka MSI Kembali, Rebat Hingga RM7000
  • Pengguna Disaran Kemas Kini iOS Security Response iOS 16.5.1 (c)

Sumber: Siaran Media Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY