Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi A3

Pengguna Mi A3 Diminta Untuk Tidak Kemas Kini Firmware Ini

Diterbitkan Julai 13, 2020 · Dikemas kini Julai 13, 2020 oleh Amalina Athman

Xiaomi secara tidak sengaja telah melepaskan kemas kini firmware kepada pengguna global Mi A3. Syarikat itu kemudiannya telah meminta pengguna untuk tidak memasang kemaskini V11.0.3.0.QFQMXTC bersaiz 1.40GB.

Menurut laporan beberapa pengguna, kemas kini tersebut telah membawa beberapa masalah termasuk dwi-SIM yang gagal berfungsi (hanya satu SIM sahaja yang berfungsi).

Pada asalnya, Xiaomi mensasarkan kemaskini firmware kepada Telcel Mexico. Bagaimanapun, Mi A3 versi global QFQMXTC telah menerima kemas kini itu.

Got a random 1.4GB update from @XiaomiIndia on my #mia3
Now my simcard isn't getting detected and when I boot my phone, there's some telcel written. Language has changed to some other. @MiIndiaSupport help. Can't make or receive calls. What kind of joke is this? pic.twitter.com/W5WtveopSs

— Dakshit Shah (@DakshitShah) July 13, 2020

Oleh kerana changelog tidak menyatakan nombor binaan (build number), sesetengah pengguna telah mengemas kini kerana menyangkakan ianya adalah tampalan keselamatan bagi Julai 2020.

kemaskini mi a3 masalah

Setelah menerima laporan, Xiaomi telah memaklumkan melalui satu kiriman di Mi Community Global. Ia meminta pengguna supaya tidak mengemaskini peranti mereka.

Buat masa ini, Xiaomi hanya menyatakan pihaknya dalam usaha untuk memperbaiki masalah tersebut dan tidak memaklumkan bila ia dapat diselesaikan.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
©2026 WISER.MY