Samsung Galaxy Watch5, Watch5 Pro Bermula RM1,099 Dan Buds2 Pro Berharga RM899

Dalam acara Galaxy Unpacked 2022 tadi, Samsung juga telah memperkenal generasi terbaru jam mereka di mana ia hadir dalam dua model -- Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro.

Galaxy Watch5


Generasi kali ini menggunakan cip Exynos W920 sebagai jantungnya. Ia mempunyai RAM sebesar 1.5 dan ROM 16GB.



Bagi model biasa, saiz 40mm, ia dibekalkan bateri sebesar 284mAh manakala 44mm pula sebesar 410mAh. Kedua-dua hadir menyokong pengecasan yang dikatakan Samsung 60% lebih pantas iaitu setinggi 10W.



Untuk saiz 40mm, Ia dijual pada harga serendah RM1,099 di Malaysia dengan 3 pilihan warna iaitu Graphite, Pink Gold dan Silver.

Saiz 44mm pula tersedia dalam warna Graphite, Sapphire dan Silver pada harga mulai RM1,199.

Siri Watch5 ini sudah boleh dipratempah mulai sekarang di laman web Samsung Malaysia.


Galaxy Watch5 Pro


Model ini hanya didapati dalam satu saiz iaitu 45mm. Ia dibekalkan bateri berkapasiti 590mAh. Ia mempunyai RAM sebesar 1.5GB dengan storan dalaman 16GB.

 



Model Pro ini didagangkan di Malaysia pada harga bermula RM1,899 dalam dua pilihan warna iaitu Black Titanium dan Gray Titanium.

Persamaan model biasa dan Pro


Turut melengkapkan kejadian jam ini ialah BioActive Sensor yang diperluas permukaannya untuk sukatan kadar denyutan jantung dan Sp02 yang lebih tepat.

Perlindungan IP68 dengan ketahanan air sedalam 50 meter menjadi ciri keselamatan siri ini.

Menariknya, kesemua model ini dilengkapi sensor suhu badan (infrared), satu perkara yang dinanti pengguna dan merupakan pencapaian besar dalam arena jam tangan pintar.

Galaxy Watch5 dan Watch5 Pro ini mempunyai kemampuan mengukur tekanan darah, penyukat oksigen dalam darah, NFC, GPS, penjejakan kesihatan seperti jam pintar lain, menjejak kualiti tidur dan lain-lain berkaitan kesihatan dan kecergasan.

Selain itu, semua jam ini juga dilengkapkan ECG (electrical heart sensor) dan BIA (bioelectrical impedance).

Dari segi perisian, jam pintar ini  menjalankan WearOS 3.5 dengan antara muka OneUI 4.5.

Buat pertama kalinya juga, Samsung menjadikan sapphire crystal sebagai kaca muka jam kali ini.

{suggest}

Galaxy Buds2 Pro


Putik audio ini berharga RM899 di Malaysia. Ia hadir dengan pembatalan hingar aktif (ANC) yang dibantu sistem 3 SNR mikrofon yang mampu menghilangkan hingar walaupun bunyi angin, menurut Samsung.



Ia dihubungkan dengan teknologi Bluetooth 5.3 dan kelak akan menyokong LE Audio.

Selain menyokong audio 24-bit Hi-Fi, fungsi 360 Audio turut ditawarkan. Enhanced Dolby Head Tracking akan mengesan pergerakan kepada pengguna dan memberikan pengalaman audio luar biasa.

Ia boleh digunakan 5 jam tanpa henti dengan ANC dihidupkan manakala 8 jam tanpa ANC.

Ciri perlindungan IPX7 turut menjadi faktor keselamatan peranti ini.



Di samping itu, Voice Detect akan mematikan ANC dan aktifkan Ambient bagi membolehkan pengguna bersembang tanpa perlu menanggalkan TWS.


Auto Switch pada Galaxy Buds2 Pro ini membenarkan hubungan lancar dalam sambungannya dengan peranti Samsung yang lain termasuk telefon, jam dan tablet serta TV.




TWs ini boleh didapati dalam 3 pilihan warna iaitu Graphite, White dan Bora Purple.

Anda boleh membuat pratempahan di laman web Samsung.