Bagi anda yang merupakan kaki Reddit, pasti anda ketahui yang mana setiap komen mempunyai butang undi bagi mengundi komen mana yang dianggap terbaik berdasarkan post yang dimuat naik.
Imbas kembali pada tahun 2018, Facebook dikatakan bakal memperkenalkan ciri yang serupa pada platformnya. Malah, ia juga telah memulakan fasa percubaan.
Kini, nampaknya ciri tersebut akhirnya telah boleh digunakan. Buat pengetahuan, ciri undian – “upvote” atau “downvote” ini berfungsi untuk pengguna menilai sama ada komen itu bermanfaat atau sebaliknya pada posting yang dibuat.
Jika pengguna klik “upvote”, ia akan memaparkan 6 pilihan penilaian – helpful, new idea, kind, educational, entertaining dan relevant.
Secara tidak langsung, pengguna lain lebih mudah untuk melihat serta membaca komen yang berkaitan terutama jika terdapat ratusan komen yang ditulis. Malah, perbincangan yang dijalankan juga adalah lebih baik.

Namun, fungsi ini dilihat hanya terdapat dalam kumpulan Facebook sahaja dan tiada di laman lain misalnya Facebook Wiser sendiri. Alangkah lebih baik jika Facebook membenarkan fungsi itu dibuat di semua ‘tempat’ dalam platform ini.
Tambahan lagi, kami berpendapat ciri ini sudah ditawarkan secara berperingkat untuk semua peranti iOS, Android dan juga di komputer.
Oleh itu, adakah anda sudah mempunyai fungsi “upvote” dan “downvote” ini?
Baca juga – Astro Bagi Beberapa Saluran Percuma Bermula 1 Julai Ini
Baca juga – Astro Rasmi Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix
Baca juga – Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK