Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sekolah-Sekolah Di New York Sekat Akses Terhadap ChatGPT

Pengguna Dakwa, ChatGPT Semakin “Malas”

Diterbitkan Disember 10, 2023 oleh ariff bukhari

Pada Khamis lepas, OpenAI iaitu pembangun ChatGPT telah mengakui bahawa bot sembangnya itu semakin malas.

Makluman itu dibuat menerusi ciapan mereka di X sebagai respon terhadap aduan sesetengah pengguna yang melaporkan bot sembang itu hanya melakukan sebahagian sahaja daripada kerja yang diminta.

Malah kemudiannya mencadangkan pula kepada pengguna untuk menyelesaikannya sendiri.

Menjelaskan isu itu, OpenAI berkata, mereka tidak mengemas kini model AI mereka sejak 11 November lalu dan “kemalasan” itu adalah tidak disengajakan.

Mereka juga mengatakan bahawa tingkah laku model AI GPT-4 itu boleh menjadi sukar diramalkan dan mereka sedang mengkaji untuk membetulkan isu tersebut.

we've heard all your feedback about GPT4 getting lazier! we haven't updated the model since Nov 11th, and this certainly isn't intentional. model behavior can be unpredictable, and we're looking into fixing it 🫡

— ChatGPT (@ChatGPTapp) December 8, 2023

OpenAI berada dalam keadaan huru-hara pada November lalu di mana mereka berdepan dengan isu perlantikan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO).

Berkaitan

  • Tukar Lembaga Pengarah Baharu, Sam Altman Kembali Sebagai CEO OpenAI
  • Ciri Suara Terbaru ChatGPT Diperkenalkan Dengan Lawak Jenaka CEO OpenAI
  • Cepat Sambar 10 Barang Elektronik Ni Di Shopee, Diskaun Hari Ni Je

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY