Menurut The Verge, fungsi ini akan tersedia bagi semua pengguna Android dalam minggu ini. Buat masa sekarang, ia menyokong 8 bahasa termasuk Inggeris, Perancis, German, Portugis, Rusia, Sepanyol dan Thailand. Ini bermakna, ia dapat mendengar dan menterjemah arahan suara dari mana-mana bahasa antara dalam senarai tersebut.
Apabila mengemaskini versi terkini Google Translate, fungsi ini boleh digunakan dengan menekan pada ikon Transcribe. Ia akan berfungsi secara langsung untuk ucapan, syarahan termasuk dari audio pra-rakaman.
Walau bagaimanapun, sambungan internet diperlukan untuk menggunakan fungsi ini kerana perisian Google perlu berkomunikasi dengan Tensor Processing Units (TPUs), iaitu fungsi yang terbina dalam Live Transcribe pada aplikasi Recorder bagi peranti Pixel.
Dalam pada itu, Google merancang untuk membawakan fungsi ini pada peranti iOS di masa akan datang.
Sumber: Engadget via The Verge
Berkaitan
- Jejak Data Pengguna Dalam Mod Incognito, Google Berdepan Saman USD5 Bilion
- Google Chrome Kekal Pelayar Paling Popular
- Google Meet Tawar Panggilan Video Percuma Bermula Mei Ini
- Google Perkenal Ciri 'Circle To Search' - Buat Carian Tanpa Bertukar Aplikasi
- Google Play Store Bolehkan Pengguna 'Uninstall' Aplikasi Peranti Yang Disambung
- Google Meet Kini Tersedia Sepenuhnya Untuk Gmail Bagi Peranti Android
- Google Sedang Menguji Mod Gelap Pada Enjin Carian Versi Desktop
- Google Pixel 4 XL Didakwa Mempunyai Masalah Pada Panel Belakang
- Aplikasi Google Docs Kini Melepasi Lebih Satu Bilion Muat Turun Di Play Store
- Google Play Music Akan Ditamatkan Hujung Tahun Ini, Diganti Dengan YouTube Music