Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Protes Ribuan Komuniti Reddit, Ini Yang Berlaku

Penggodam Ugut Bocorkan Data Jika Reddit Berkeras Tidak Mahu Tukar Polisi API Dan Bayar ~RM21 Juta

Diterbitkan Jun 20, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa minggu lalu, kebanyakan subreddit mengunci komuniti (mod private) mereka sebagai tanda protes terhadap Reddit yang mengehadkan perkongsian kandungan keluar ke platform pihak ketiga melalui API.

Hal ini dipercayai kerana kecerdasan buatan (AI) generatif yang menjadi ‘bijak’ disebabkan data yang diperoleh daripada perbincangan di Reddit secara percuma dan besar-besaran.

Berkaitan

  • Reddit Sahkan Insiden Keselamatan, Tapi Data Pengguna Didakwa Tidak Terjejas
  • Protes Ribuan Komuniti Reddit, Ini Yang Berlaku
  • Astro Bertindak Ke Atas Penjual Kotak TV Android Dengan Kandungan Astro Tidak Sah

Pada Februari lalu, kumpulan penggodam bernama BlackCat berjaya mendapat akses dan mencuri data Reddit sebanyak 80GB.

Ia terkandung dokumen, kod, maklumat kakitangan dan data pengiklan Reddit. Tiada akaun pengguna mahupun kata laluan atau kad kredit mereka terkesan, kata syarikat itu.

blackcat reddit

BlackCat meminta $4.5 juta (~RM20.8 juta) daripada Reddit dan mengubah polisi API mereka pada yang asal.

Namun, selepas 2 kali tidak mendapat respons daripada Reddit, mereka yakin Reddit tidak akan membayar harga tersebut.

Sekarang, BlackCat mengancam untuk membocorkan data tersebut yang mengandungi statistik dan data sulit Reddit.

“But I am very happy to know that the public will be able to read about all the statistics they track about their users and all the interesting confidential data we took. Did you know they also silently censor users? Along with artifacts from their GitHub!” -BlackCat

Selain itu, mereka juga mahu mendedahkan apa yang telah dilakukan Reddit selama ini seperti menjejak pengguna, menapis pengguna dalam diam dan lain-lain.

Walaupun ini adalah serangan ransomware, tetapi BlackCat tidak mengunci (encrypt) mana-mana peranti milik Reddit.

Sumber: BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY