Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Protes Ribuan Komuniti Reddit, Ini Yang Berlaku

Protes Ribuan Komuniti Reddit, Ini Yang Berlaku

Diterbitkan Jun 13, 2023 · Dikemas kini Jun 13, 2023 oleh Amalina Athman

Lebih 7,000 subreddit, termasuk komuniti popular seperti r/funny, r/apple, r/gaming, r/android dan r/malaysia telah menetapkan mod private sejak 12 Jun sebagai protes kepada perubahan API (Application Programming Interface).

subreddit malaysia

Bermula bulan depan, Reddit akan mengemas kini akses kepada API, termasuk akses premium untuk pembangun aplikasi pihak ketiga, yang mana ia akan mengenakan bayaran bagi penggunaan data berskala besar.

Berkaitan

  • OpenAI Lancar Aplikasi ChatGPT Untuk iOS
  • ChatGPT Di iOS Kini Diintegrasi Dengan Siri Dan Shortcuts

Lanjutan keputusan Reddit, Apollo yang merupakan aplikasi popular dalam kalangan komuniti Reddit telah mengumumkan penutupan bermula 30 Jun ini.

Apollo will close down on June 30th. Reddit’s recent decisions and actions have unfortunately made it impossible for Apollo to continue. Thank you so, so much for all the support over the years. ❤️ https://t.co/HOJaLMW8fx

— Christian Selig (@ChristianSelig) June 8, 2023

Pengasasnya, Christian Selig mengatakan mereka mungkin perlu membayar lebih $20 juta (~RM92.4 juta) setahun untuk meneruskan pengendalian aplikasi itu.

Sebab perubahan API

Salah satu sebab yang dipercayai adalah kerana AI generatif. 

Umum mengetahui, forum perbualan Reddit mempunyai sejumlah data yang boleh digunakan untuk melatih peralatan seperti ChatGPT. Walaupun sesetengah data ini boleh dikumpul dalam cara yang tidak berstruktur, API Reddit memudahkan syarikat mencari dan mengumpulkan data secara terus.

CEO Reddit Steve Huffman pada April berkata,

The Reddit corpus of data is really valuable. But we don’t need to give all of that value to some of the largest companies in the world for free.

Jelasnya, Reddit tidak lagi boleh memberi subsidi kepada entiti komersial yang memerlukan penggunaan data berskala besar.

Namun, dengan protes secara besar-besaran ini, tidak diketahui jika Reddit akan meneruskan perubahan API seperti yang dirancang atau sebaliknya. Tambahan pula, semalam, laman web Reddit turut menghadapi masalah teknikal disebabkan protes tersebut.

Sumber: The Verge, Reuters, Reddit (1, 2)

Gambar utama: Internet Matters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY