Penggiat Animasi Tempatan Menyambut Baik Peruntukan RM20 Juta Dalam Belanjawan 2020

Diharap akan merangsang pertumbuhan industri animasi tempatan.


Penggiat animasi tempatan menyifatkan, peruntukan RM20 juta melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memupuk bakat tempatan dalam menghasilkan kandungan digital mampu melonjakkan lagi potensi produksi animasi negara.

Pengumuman dan RM20 juta itu yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2020 Jumaat lalu diambil berikutan bidang seperti e-Permainan, animasi dan seni digital sedang berkembang pesat, sekali gus berpotensi menjana ekonomi negara.

Ia terbukti apabila pendapatan industri permainan video dunia melebihi AS$150 bilion pada masa ini, lebih tinggi berbanding gabungan hasil industri muzik dan filem.

Kapsyen: Sepanjang tahun 2019, hanya sebanyak 3 buah filem animasi tempatan sahaja berjaya ditayangkan iaitu Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, Boboiboy Movie 2 dan Ejen Ali The Movie.


Menyambut baik usaha kerajaan itu, Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi, berkata mereka menyambut baik inisiatif kerajaan itu kerana ia secara tidak langsung membantu merangsang pertumbuhan industri animasi tempatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid, pula berharap peruntukan diberikan dilaburkan secara berkesan bagi menggalakkan lagi perkembangan industri animasi.

Manakal bagi Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios yang juga pengarah Boboiboy Movie 2, Nizam Abdul Razak pula menyifatkan keprihatinan kerajaan memberi rangsangan kepada pertumbuhan industri animasi tempatan.

Katanya, pengumuman kerajaan yang menaikkan siling setiap syarikat bagi inisiatif Geran Pembangunan Pasaran (MDG) oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dari RM200,000 kepada RM300,000 turut memberi manfaat kepada penggiat animasi tempatan.

Sumber: BHOnline