Pengeluaran Wang Melalui MyDebit Cash Out Akan Dicaj RM0.50

Bermula 1 Julai 2022, pengeluaran wang melalui MyDebit Cash Out akan dikenakan caj sebanyak RM0.50 setiap pengeluaran.

Bank-bank tempatan sudah pun mengeluarkan notis ini seawal beberapa bulan lalu.

MyDebit Cash Out merujuk pada pengeluaran wang tunai di kaunter kedai atau peruncit dengan kad debit.

Anda hanya perlu bawa kad dan wang tunai ingin dikeluarkan adalah daripada pihak kedai tersebut.

BSN antara bank yang mengiklankan perkhidmatan pengeluaran tunai daripada peruncit yang dikenalinya sebagai Ejen Bank BSN. Ia memudahkan mereka yang berada di kawasan pedalaman yang sukar mendapatkan ATM dan jauh dari bank.

May be a cartoon of text that says "EB bank BSN TRANSAKSI PERBANKAN SETEMPAT Mudah Selamat EBE KEDAI RUNCIT STESEN MINYAK EBIE TELEKOMUNIKASI B KEDAIALATTULIS Simpanan Pengeluaran Pembayaran Bil BSN SSP Pembayaran Tanpa Tunai Pembukaan Akaun Tambah Nilai Prabayar"

Adakah ini bermakna pengeluaran wang di ATM akan dicaj?


Jawapannya, tidak. Jadi jangan khuatir jika anda mengeluarkan wang daripada ATM bank kerana ia sudah termaktub dalam yuran tahunan yang membolehkan anda mengeluarkan tunai tanpa had daripada ATM bank sendiri.

Ini bagaimanapun tertakluk pada bank masing-masing kerana Maybank misalnya ada pilihan yang tidak mengenakan yuran tahunan tetapi menetapkan terhad 4 kali sebulan untuk pengeluaran percuma. RM0.50 akan dicaj untuk pengeluaran kali ke-5 dan seterusnya dalam bulan sama.



Terdahulu, tiada sebarang dikenakan pada pengguna. Pengeluaran maksimum sebanyak RM500 bagaimanapun terus dikekalkan.

mydebit cash out

Mungkin masih ramai tidak sedar dengan kemudahan ini kerana tidak banyak pekedai yang mengiklankan perkhidmatan ini. Ia memudahkan pengguna untuk mendapatkan wang tunai jika ATM bank anda terlalu jauh.

Terlebih dahulu, pastikan pekedai tersebut menyediakan perkhidmatan MyDebit Cash Out dengan pemaparan logo dan bertanya pada juruwang.

Baca juga: