Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LA Times Tesla

Pengeluaran Model Tesla Meningkat Tahun 2022, Tapi Tak Capai Sasaran

Diterbitkan Januari 3, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Sepanjang tiga bulan terakhir pada tahun 2022, sebanyak 405,278 unit Tesla yang telah dikeluarkan. Perkara ini telah diumumkan secara rasmi oleh Tesla pada 2 Januari yang lepas.

Bilangan ini telah menetapkan rekod yang baharu pada syarikat tersebut namun tidak seperti yang diharapkan.

Pada 30 Disember, analisis-analisis telah menjangkakan Tesla berupaya untuk mengeluarkan 418,000 unit sepanjang tempoh suku keempat (Q4). Pada tahun yang sebelumnya, Tesla telah mengeluarkan 308,600 unit kereta pada tempoh yang sama.

Sepanjang suku akhir tahun 2022, model 3 dan Y merupakan model yang kerap dikeluarkan oleh Tesla. Sebanyak 388,131 unit telah dihantar kepada pengguna sebelum penghujung tahun 2022.

Berbanding daripada model Tesla yang lebih mahal, sebanyak 17,147 unit model S dan X telah dikeluarkan pada tempoh masa yang sama. Secara keseluruhan, Tesla telah menghasilkan 439,701 unit kenderaan dan telah menetapkan rekod yang baharu lagi untuk syarikat tersebut.

Screenshot (44)
Sumber: Tesla

Tesla telah menampakkan peningkatan sepanjang tahun 2022 walaupun nilai stok mereka telah menunjukkan penurunan sebelum ini.

Pengambilalihan Twitter oleh Elon Musk telah memberi impak negatif kepada Tesla di mana perkembangan mereka kelihatan semakin perlahan.

Malah, Tesla juga mempunyai masalah dalam penghantaran kenderaan yang telah lengkap kepada pelanggan sepanjang Q4.

Berkaitan

  • iPad Pro Mungkin Hadir Dengan Paparan OLED, Tapi Bukan Dalam Masa Terdekat
  • Pengguna Waze Lepas Ini Dapat Ketahui Jalan Yang Kerap Berlaku Kemalangan
  • DNB: Liputan Rangkaian 5G Di Malaysia Hampir Cecah 50%, Lepasi Sasaran Awal
  • Ini Ciri-Ciri Yang Dikeluarkan Oleh Telegram Sempena Tahun Baru
  • Maybank Sahkan Data Yang Dikatakan Tertiris Ialah Palsu

Walau bagaimanapun, peningkatan dan rekod baharu dalam produksi kenderaan Tesla telah diperlihatkan. Mungkin syarikat ini akan berkembang semula dan nilai stok mereka akan ‘bangkit semula’ mengikut masa yang tertentu.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY