Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro Mungkin Hadir Dengan Paparan OLED, Tapi Bukan Dalam Masa Terdekat

iPad Pro Mungkin Hadir Dengan Paparan OLED, Tapi Bukan Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan Januari 3, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Apple sedang berada dalam usahanya untuk meluaskan paparan skrin untuk siri iPad Pro. Model-model baharu ini dijangka untuk memasuki pasaran pada tahun 2024.

Syarikat itu bercadang untuk menukar sedikit saiz skrin iPad Pro dari 11 inci kepada 11.1 inci dan 12.9 inci kepada 13 inci.

Siri baharu itu dikatakan bakal menggunakan skrin OLED dan peningkatan yang sedikit ini mungkin tidak memberi perbezaan yang ketara kepada saiz keseluruhan. Ini kerana Apple akan ‘memotong’ bahagian bezel untuk menyesuaikan panel baharunya.

11.1-inch and 13-inch OLED iPad Pros are coming in 2024
Sumber: GSMArena

Barisan iPad Pro terkini hanya terdiri daripada 11 inci yang menggunakan skrin LED tradisional dan 12.9 inci berserta panel LED mini.

Siri iPad Pro paling baharu telah dikeluarkan pada bulan Oktober lepas di mana peranti tersebut menggunakan cip M2.

Berkaitan

  • Hari Terakhir, Muat Turun Cepat Game Aksi Popular Berharga RM78.99 Ini Secara Percuma
  • Game Perang 'Multiplayer' Berharga RM51 Ini Sedang Percuma
  • Salah Satu Wilayah Tiba-Tiba Dilanda Salji, Arab Saudi Cadang Jadi Hos Sukan Musim Sejuk Asia
  • Data 13 Juta Pengguna Didakwa Sedang Dijual - Libatkan Pengguna SPR, Maybank, Astro
  • Touch 'n Go Akan Keluarkan Kad Visa Prabayar Sendiri Berserta Caj Tambahan

Penganalisis paparan, Ross Young pernah menyatakan tentang kemunculan siri iPad Pro yang berukuran 14.1 inci. Tetapi, peranti tersebut dikhabarkan tidak lagi berada dalam rancangan.

Walau bagaimanapun, berita tentang pembuatan iPad yang berukuran 16 inci masih lagi tidak lupus dan dijangka bakal hadir satu hari nanti.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY