Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Lancar Bateri EV 10 Minit Cas Dapat Jarak Sehingga 400km

China Lancar Bateri EV 10 Minit Cas Dapat Jarak Sehingga 400km

Diterbitkan Ogos 21, 2023 · Dikemas kini Ogos 21, 2023 oleh ariff bukhari

Syarikat pengeluar bateri kenderaan elektrik (EV) terbesar dunia, CATL (Contemporary Amperex Technology Co., Limited) dari China telah melancarkan Shenxing, bateri LFP pengecas super pantas 4C pertama di dunia.

CATL menyatakan bateri itu mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 400 km dengan pengecasan hanya selama 10 minit sahaja.

Malah apabila dicas penuh, bateri itu mampu memberikan jarak lebih 700 km.

China Lancar Bateri EV 10 Minit Cas Dapat Jarak Sehingga 400km

CATL berkata, Shenxing mencapai tahap keselamatan tinggi melalui inovasi struktur dan memanfaatkan algoritma pintar.

Syarikat itu menyatakan, mereka memanfaatkan teknologi kawalan suhu sel pada platform sistem untuk memastikan sel memanaskan julat suhu operasi optimum dengan pantas, membolehkan pengecasan 0-80% dalam hanya 30 minit pada suhu serendah -10°C, dan tanpa kompromi prestasi pecutan 0-100 kph pada suhu rendah.

CATL memaklumkan, pengeluaran besar-besaran Shenxing akan dicapai menjelang akhir tahun ini, dan kenderaan elektrik yang dilengkapi dengan Shenxing akan tersedia di pasaran pada suku pertama tahun depan.

Berkaitan

  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • Pengasas BYD Kerugian ~RM7 Bilion Akibat Tesla, Hanya Dalam Sehari
  • Lanzador, Kereta Konsep EV Sepenuhnya Dari Lamborghini

Sumber: CATL

(Anda miliki kenderaan elektrik? Lebih mudah beli pengecas EV dari Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY