Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bateri fon wide

Jepun Sedang Bangunkan Teknologi Bateri Tahan Lama

Diterbitkan Mei 4, 2021 oleh Amsyar Latif

Kerisauan bagi setiap pemilik alat elektronik tidak kira peranti pintar hinggalah kereta elektrik adalah bateri. Tidak dapat dinafikan yang mana setiap bateri mempunyai jangka hayatnya.

Oleh itu, beberapa penyelidik dari Japan Advanced Institute of Science and Technology (JAIST) berjaya menyelesaikan masalah tersebut.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, mereka telah menemui bahan yang mampu memanjangkan jangka hayat bateri hingga 95% sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun.

Bermakna, kapasiti bateri yang sudah digunakan mampu bertahan lebih lama dan pengguna tidak perlu lagi pening untuk menukar bateri.

Jepun Sedang Bangunkan Teknologi Bateri Tahan Lama

Buat masa sekarang, bahan pengikat yang ada dalam bateri mempunyai prestasi yang kurang baik yang boleh mengurangkan kapasitinya hingga 35% daripada kapasiti asal selepas 500 cas.

Jadi, mereka menggunakan bahan yang dipanggil Bis-imino-acenapthenequinone-Paraphenylene (BP) yang mampu memberikan kapasiti bateri 95% walaupun kitaran sudah mencapai 1700 kali.

Dengan ini, diharapkan jenama-jenama elektronik di dunia boleh menggunakan teknologi ini di dalam peranti mereka pada masa akan datang.

Sumber: gizmochina

Foto Utama: slashgear

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY