Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
asean kod qr

Penduduk Luar Bandar Semakin Gemar Guna e-Dompet Tetapi Akses Terhadap Internet Jadi Isu – FOMCA

Diterbitkan Ogos 4, 2022 · Dikemas kini Ogos 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Penggunaan e-dompet atau e-wallet semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk luar bandar, menurut CEO FOMCA Saravanan Thambirajah.

Sebelum ini, mereka banyak menggunakan kad debit untuk transaksi tanpa tunai. Golongan muda didapati lebih gemar menggunakan e-dompet berbanding mereka yang berusia.

Dengan e-dompet, ia juga dapat mengurangkan risiko kecurian wang.

Saravanan berkata kerajaan dapat memanfaatkan perkara ini kerana mereka dapat menjejak perniagaan luar bandar bukan saja untuk tujuan percukaian tetapi juga mengetahui sumbangan mereka pada keseluruhan keluaran kasar dalam negara.

Berkaitan

  • Air Asia Perkenal Sistem Pembayaran Tanpa Tunai BigPay
  • RUU Kenakan Cukai Barang Import Dibeli Secara 'Online' Dibentang Di Parlimen
  • BigPay Sokong Penghantaran Wang Ke 38 Negara

Akan tetapi, isu akses terhadap internet dan infrastukturnya merencatkan pertumbuhan sistem pembayaran digital, tambah beliau.

Pengerusi Small and Medium Enterprises Association Malaysia (SAMENTA) William Ng berpendapat e-dompet menyelesaikan isu akses terhadap bank (under-banking) dalam kalangan komuniti luar bandar ini.

Hal ini kerana statistik menunjukkan bilangan cawangan bank semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Tambah pula cawangannya selalunya ditempat di kawasan bandar.

Selain itu, data yang direkod melalui platform e-dompet juga dapat digunakan peniaga berurusan dengan institusi kewangan bagi mengembangkan perniagaan atau sebagainya.

Bukan itu saja, peniaga juga dapat menganalisis jualan mereka dan membuat keputusan yang lebih baik untuk perniagaan.

Sumber: FMT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY