Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
curi iphone

Pencuri Pecahkan Dinding Stor Lain Bagi Mencuri Sejumlah iPhone Bernilai Lebih RM2.2 Juta

Diterbitkan April 21, 2023 oleh ariff bukhari

Seperti seakan sebuah filem, pencuri nekad pecahkan dinding bagi mencuri sejumlah iPhone.

Insiden yang berlaku di Seattle, Amerika Syarikat itu dilaporkan dilakukan oleh 2 orang pencuri dengan memecahkan dinding sebuah kedai kopi yang berjiran dengan Apple Store melalui ruang tandas.

Hasilnya, pencuri berjaya melarikan sebanyak 436 unit iPhone yang dianggarkan bernilai USD500,000 (~RM2,217,500).

Eric Marks, pengurus runcit kedai kopi di situ berkata, dia tidak dapat menjelaskan bagaimana stor jagaannya itu diceroboh selepas mendapat panggilan daripada pihak berkuasa.

Ini kerana kedai yang diselianya itu menjual kepada pelanggan yang sangat spesifik.

Bagaimanapun, selepas berbincang dengan polis dia mengesahkan perniagaannya  digunakan sebagai saluran pencuri untuk sampai ke Apple Store yang berjiran dengannya.

Beliau percaya bahawa pastinya seseorang yang ariff dengan selok belok stor  bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan tersebut.

https://twitter.com/coffeemikeatkin/status/1643263939642523648?s=20

Berkaitan

  • Ini Harga Langganan Instagram Di App Store
  • Kongsi Kata Laluan Berbayar Netflix Berjaya, Catat Peningkatan Pelanggan
  • Nokia 33 'Sekupang' Dijual Hampir RM20 Ribu Kepada Penggodam Untuk Mencuri Kereta

Sumber: king5.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY