Cara Buat GIF Dengan Mudah Di iPhone

Pengguna peranti iPhone pasti biasa dengan "Live Photo", ciri gambar bergerak apabila gambar ditekan dan ditahan. Ia adalah rakaman video tiga saat sebelum dan selepas gambar diambil.

Walaupun begitu, ia tidak disimpan sebagai video tetapi dengan format High Efficiency Image File (HEIF) jadi ia terhad kepada kepada peranti sahaja.

Berikut kami kongsikan cara menyimpan Live Photo sebagai video supaya boleh dikongsi pada peranti lain atau sebagai .GIF.

Baca juga - Cara Membuang Bunyi Pada "Live Photo" iPhone

Pertama sekali, buka aplikasi Photos dan pilih gambar Live Photo yang mempunyai tanda "LIVE" dibahagian atas kiri.



 

Kemudian, tekan butang "Share" dibahagian bawah kiri.



Seterusnya tatal kebawah sedikit dan tekan "Save as Video".



Akhir sekali. kembali ke bahagian "Recents" atau "Albums" dalam aplikasi tersebut dan anda akan menjumpai video tersebut.



Selesai. Kini anda sudah boleh menukarkan Live Photos kepada video atau Gif dengan lebih mudah tanpa menggunakan aplikasi pihat ketiga.

Baca juga - Cara Untuk Mengambil Gambar Daripada Fail PDF

Berkaitan