Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kamera iPhone 14_2

Pemenang Anugerah Fotografi iPhone 2023 Guna Model iPhone Terdahulu

Diterbitkan Ogos 2, 2023 · Dikemas kini Ogos 2, 2023 oleh ariff bukhari

Pemenang Anugerah Fotografi iPhone 2023 (IPPAWARDS) telah pun diumumkan yang menyaksikan beribu-ribu penyertaan dari pengguna iPhone di seluruh dunia.

Untuk edisi kali ke 16 ini, IPPAWARDS menobatkan peserta dari Mexico bernama Ivan Silva sebagai pemenang hadiah utamanya menerusi karya foto beliau bertajuk “Heroe” yang dirakam dengan menggunakan model iPhone 12 Pro.

IPPAWARDS 2023
Memakai jersi dengan tertulis nama pemain bola sepak terkenal di dunia, Messi sekaligus menggambarkan budak lelaki ini berasakan seolah-olah seperti dia berada di puncak dunia.

Pemenang tempat pertama IPPAWARDS pula dinobatkan kepada Thea Mihu, peserta dari Jerman menerusi karya fotonya bertajuk “Soy Sauce Village“.

Foto beliau dirakam dengan menggunakan model iPhone 12 Pro Max.

IPPAWARDS 2023 1

Pemenang kedua IPPAWARDS 2023 pula dinobatkan kepada Sasa Borozan, peserta dari Bosnia dan Herzegovina.

Menerusi karyanya bertajuk “Taming Waves“, ia dirakam menggunakan model iPhone 13 Pro.

IPPAWARDS 2023 2

Daripada senarai pemenang yang diumumkan, hanya 2 orang peserta sahaja yang memenangi anugerah IPPAWARDS 2023 hasil rakaman foto dari model iPhone terbaru iaitu iPhone 14 Pro Max.

Foto tersebut bertajuk “Children” yang dirakam oleh peserta dari China bernama Zhang Xiaojun dan foto bertajuk “Viet Memories” dari peserta Vietnam bernama Robert Lie.

IPPAWARDS 2023 3
“Children”
IPPAWARDS 2023 3
“Viet Memories”

Untuk melihat senarai penuh foto-foto yang memenangi IPPAWARDS 2023, layari laman rasmi https://www.ippawards.com.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Digi Perkenal Pelan Prayabar 5G Berharga RM48/Bulan
  • Buang Segera Aplikasi Palsu Ini, Data Pengguna WhatsApp Versi Android Dalam Bahaya

(Beli model-model iPhone dan aksesori asli dari stor rasmi seperti Switch, Machines, Thunder , iTworld dan lain-lain di Shopee dan Lazada.)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY