Pemandu Grab Kini Boleh Mencarum Untuk Skim Simpanan Persaraan Sukarela KWSP, Bakal Terima Penambahan Dari Grab & KWSP

Berita baik bagi semua pemandu Grab di Malaysia apabila pihak KWSP dan Grab telah mengumumkan satu perjanjian persefahaman(MoU) bagi membenarkan pemandu Grab untuk mencarum pendapatan mereka pada ke dalam Skim Simpanan Persaraan Sukarela KWSP .

Pemandu yang mencarum pada skim yang dinamakan sebagai Caruman Sukarela Insentif Persaraan(i-Saraan) KWSP itu juga akan menerima penambahan dari Grab dan KSWP sendiri setiap tahun.

Kredit : Grab


Dalam MoU yang dimeterai itu menyatakan bahawa pihak Grab akan menambah 5% atau maksima RM 80 daripada keseluruhan simpanan tahunan, manakala 15% atau RM 250 lagi akan ditambah oleh pihak KWSP sehingga tahun 2020 untuk pemandu di bawah umur 55 tahun.

Keputusan itu dibuat selepas satu kajian mendapati lebih kurang 75% daripada pemandu Grab berminat untuk mencarum sebahagian kepada pendapatan mereka ke dalam KWSP.

Perjanjian ini diharapkan dapat membantu sebahagian besar daripada pemandu Grab untuk mempunyai wang simpanan sendiri menjelang persaraan mereka.

Sumber