Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permainan Mobile Battlefield Hadir Menjelang Tahun 2022

Permainan Mobile Battlefield Hadir Menjelang Tahun 2022

Diterbitkan April 23, 2021 oleh Wiser MY

Dunia permainan video tidak asing lagi dengan pengembangan permainan-permainan terkenal dari konsol atau PC ke peranti mudah alih. Lagi-lagi dengan perkakasan dan peranti yang mampu menyokong permainan berkuasa tinggi.

Selepas pengumuman Apex Legends Mobile minggu ini, permainan terkenal Battlefield oleh EA DICE juga akan mengikut langkah yang sama.

EA memuat naik satu kenyataan yang mereka akan mengembangkan permainan Battlefield mereka ke peranti mudah alih menjelang 2022.

Battlefield untuk platform mudah alih akan hadir sebagai permainan tersendiri yang berbeza daripada versi konsol atau PC. Semua rekaan dalam Battlefield kali ini adalah baharu dan direka khas untuk platform mudah alih.

Permainan mudah alih ini akan mula memasuki fasa percubaan tidak lama lagi sebagai persediaan untuk perlancarannya tahun hadapan.

Tidak banyak yang diberitahu mengenai jenis atau mod permainan tersebut setakat ini selain menjadi permainan ketenteraan dan pertempuran besar-besaran.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY