Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mengaktifkan Mod Gelap Pada Pelayar Edge Chromium

Pelayar Microsoft Edge Bakal Dimuatkan Dengan Ciri Peningkatan Prestasi

Diterbitkan Mac 3, 2022 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada pengguna aplikasi pelayar Microsoft Edge di mana anda akan boleh membuat penetapan khusus bagi meningkatkan prestasi pelayar tersebut.

Buat masa ini, ciri terbaru ini masih dalam peringkat ujian dan tetapan untuk ciri itu dinamakan sebagai ‘Performance Detecter’. Ciri ini sedang diuji pada versi pelayar Edge Canary.

Apabila ciri itu diaktifkan, ia akan mengesan isu prestasi pelayar Edge yang berpunca daripada banyak tab yang dibuka, penggunaan extensions yang banyak dan lain-lain.

Ciri Performance Detecter ini tersedia terbina dalam tetapan Sleeping mode.

Pelayar Microsoft Edge Bakal Dimuatkan Dengan Ciri Peningkatan Prestasi
Kredit: Windows Latest

Ciri ini hanya akan ditawarkan kepada pengguna Microsoft Edge di Windows 11 dan Windows 10 sahaja dahulu.

Microsoft berusaha meningkatkan prestasi dan menambah pelbagai ciri baru yang menarik bagi bersaing dengan pelayar popular lain seperti Google Chrome, Apple Safari dan Firefox.

Berdasarkan kepada data statistik StatCounter setakat Februari 2022, pelayar Microsoft Edge kini merupakan aplikasi pelayar ke-4 paling popular di dunia selepas Chrome, Safari Dan Firefox.

Sumber: Windows Latest

Baca juga:

  • Google Buang Ciri Utama Pelayar Chrome Ini Lewat Bulan Hadapan
  • Cara Mengurangkan penggunaan RAM pada Pelayar Chrome
  • Google Akan Perkenalkan Ciri Penjejakan Terbaru Ke Atas Pengguna Pelayar Chrome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY