Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara untuk “Backup” Kesemua “Bookmarks” Daripada Firefox

“Pelayar Kami Adalah Yang Paling Selamat Berbanding Pelayar Lain” – Mozilla

Diterbitkan Jun 17, 2022 oleh ariff bukhari

Pembangun aplikasi pelayar Firefox telah mengumumkan bahawa pelayar mereka adalah yang paling privasi dan selamat berbanding aplikasi-aplikasi pelayar utama yang lain.

Mozilla dalam satu kenyataan berkata, pelayar Firefox mereka adalah pelayar yang paling mementingkan privasi dan paling selamat untuk penggunanya yang menggunakan sistem operasi Windows, Mac dan Linux.

Kenyataan itu hadir selepas Mozilla memperkenalkan ciri baharu yang dikenali sebagai “Total Cookie Protection” untuk pelayar Firefox.

Total Cookie Protection adalah ciri baharu yang memberi perlindungan kepada pengguna dari dijejaki sesebuah laman sesawang yang dilayari mereka tanpa menganggu pengalaman melayari laman sesawang tersebut.

Total Cookie Protection firefox
Total Cookie Protection mencipta ruang simpanan kuki khusus bagi setiap laman sesawang yang dilawati pengguna.

Mozilla menjelaskan, dengan ciri Total Cookie Protection ini, penjejak hanya akan dapat jejaki aktiviti di laman yang dilayari sahaja.

Berbanding sebelum ini, penjejak dapat menyambungkan aktiviti dan tingkah laku pengguna antara laman-laman sesawang lain yang dilayari mereka.

Ini sekaligus menghalang penjejak daripada mengumpulkan kepelbagaian maklumat penggunanya dari pelbagai sumber serentak.

Tetapan ciri Total Cookie Protection ini sudah pun mula ditawarkan kepada pengguna pelayar Firefox secara default.

Sumber: Mozilla.org

Baca juga:

  • TV Android Kini Dah Ada sooka Tapi Tak Semua TV Dapat
  • Google TV Kini Tersedia Untuk iOS, Namun Belum Berfungsi Sepenuhnya
  • Pelanggan unifi TV Boleh Nikmati Disney+ Hotstar, Percuma 6 Bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY