Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelanggan Xbox Game Pass Yang Beli Kandungan DLC Forza Horizon 4 Dapat Salinan Percuma ‘Game’ Tersebut

Pelanggan Xbox Game Pass Yang Beli Kandungan DLC Forza Horizon 4 Dapat Salinan Percuma ‘Game’ Tersebut

Diterbitkan Jun 30, 2024 · Dikemas kini Julai 1, 2024 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada pelanggan Xbox Game Pass khususnya mereka yang ada membeli kandungan DLC bagi judul permainan Forza Horizon 4 di dua platform itu sebelum ini di mana anda akan mendapat salinan Forza Horizon 4 secara percuma dari Microsoft.

Ia selepas kandungan DLC Forza Horizon 4 telah dinyahsenarai bermula 25 Jun 2024 lalu.

Ia seterusnya akan diikuti judul permainan itu yang akan dinyahsenarai daripada stor digital Microsoft Store dan Steam pada 15 Disember 2024.

Dalam kenyataan rasmi yang diumumkan di laman rasmi Forza Horizon 4 menjelaskan:

“Disebabkan pelesenan dan perjanjian dengan rakan kongsi kami, Forza Horizon 4 akan dinyahsenarai daripada platform digital (Microsoft Store dan Steam) pada 15 Disember 2024. Ini bermakna permainan dan kandungan tambahannya tidak lagi tersedia untuk pembelian melalui kedai dalam talian. Jika anda bermain Forza Horizon 4 melalui Xbox Game Pass dan membeli kandungan DLC untuknya, jangan risau; dengan memiliki langganan Xbox Game Pass aktif, berbayar penuh (tidak berdiskaun) pada 25/6, anda akan layak menerima token permainan jika anda telah membeli sebarang kandungan tambahan untuk Forza Horizon 4 melalui Pusat Mesej Xbox anda.”

Jadi, jangan lupa untuk menebus token permainan Forza Horizon 4 kerana ia akan tamat pada 25 Jun 2026.

Sesiapa yang layak menerima hadiah percuma ini dan tidak mendapatnya pada tarikh tersebut diminta menghubungi sokongan Xbox.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Forza Horizon 5 Bawakan 5 Kereta Ikonik Dari Filem Dan Siri Popular TV

Sumber: Forza

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY