Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Forza Horizon 5 Bawakan 5 Kereta Ikonik Dari Filem Dan Siri Popular TV

Forza Horizon 5 Bawakan 5 Kereta Ikonik Dari Filem Dan Siri Popular TV

Diterbitkan Jun 22, 2024 · Dikemas kini Jun 22, 2024 oleh ariff bukhari

Pembangun permainan konsol dan komputer terkemuka mengumumkan, beberapa kenderaan ikonik daripada filem dan rancangan TV Universal Studios akan hadir ke dalam judul permainan popularnya, Forza Horizon 5 .

Menerusi Universal Icons Car Pack, Forza Horizon 5 menambah kereta pintar dan boleh ‘terbang’ dari siri drama aksi ikonik Knight Rider, KITT.

Juga Jeep Wrangler Sahara 1992 dari filem Jurassic Park serta 3 versi tersendiri kereta mesin masa Delorean daripada trilogi filem Back to the Future.

Forza Horizon 5 Bawakan 5 Kereta Ikonik Dari Filem Dan Siri Popular TV
Versi asala kereta mesin masa dari filem pertama ‘Back To The Future’.
Forza Horizon 5 Bawakan 5 Kereta Ikonik Dari Filem Dan Siri Popular TV
Kereta mesin masa dari filem ‘Back To The Future 2’.
Forza Horizon 5 Bawakan 5 Kereta Ikonik Dari Filem Dan Siri Popular TV
Kereta mesin masa dari filem ‘Back To The Future 3’.

Setiap Mesin Masa menampilkan rupa unik dan kesan visual sebaik sahaja anda mencapai kelajuan 88 batu sejam.

Jurassic Park Wrangler pula menampilkan logo taman serta skema warna ikonik dari filem itu. Akhir sekali, KITT menyertakan kit badan yang merangkumi Mod Super Pursuit.

Forza Horizon 5 Bawakan 5 Kereta Ikonik Dari Filem Dan Siri Popular TV
Forza Horizon 5 Bawakan 5 Kereta Ikonik Dari Filem Dan Siri Popular TV

Universal Icons Car Pack untuk Forza Horizon 5 ini yang dijual pada harga RM39.90, sudah pun tersedia bermula 18 Jun 2024.

Jadi, jika anda peminat tegar kereta-kereta ikonik ini dan mahu merasai pengalaman memandunya dengan bermain Forza Horizon 5 (versi PC), anda bolehlah memuat turun permainan ini pada harga diskaun 50% yang menjadikannya kini hanya berharga RM99.50 sahaja untuk masa terhad dari platform Steam.

Forza Horizon 5 juga tersedia di platform Xbox Series X/S dan Xbox One.

Sumber: Forza

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula - Menteri

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY