Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Model 3 Prestasi

Pelanggan Tesla Di Malaysia Mula Terima Model 3 Prestasi Baharu

Diterbitkan Julai 2, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda sudah menempah EV Tesla Model 3 varian prestasi terbaru, anda pastinya sudah tidak sabar untuk memandu EV baharu itu kerana Tesla telah mengumumkan bahawa mereka mula menghantar EV tersebut ke tangan para pemiliknya.

Tesla dalam kenyataannya memaklumkan, lebih daripada 100 Model 3 Prestasi telah  dihantar sejak 29 Jun 2024 lepas.

Tesla Model 3 Prestasi baharu ini direka bentuk dengan dalaman dan luaran yang dikemas kini untuk menyerlahkan prestasi. Berharga RM242,000 ia mampu memecut kelajuan maksimum 261km/j.

Ia juga mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam hanya 3.1 saat dan menawarkan julat sehingga 528km (WLTP) bagi setiap sekali caj.

Tesla turut memaklumkan, pada masa ini, mereka sudah mempunyai 11 stesen Pengecas Super (52 pengecas) dan 11 stesen Pengecasan Destinasi (57 pengecas) di Malaysia.

Tesla menyatakan komitmennya untuk memajukan infrastruktur pengecasannya di Malaysia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian pengecasan Tesla.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Kos Penggantian Bateri EV Semakin Murah - Kajian

Sumber: Siaran media Tesla Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY