Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Image 2_Midea Brand Stores Grand Opening

Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea Diiktiraf Buku Rekod Malaysia

Diterbitkan Disember 5, 2025 oleh ainabatrisyia

Midea Malaysia telah diiktiraf oleh Buku Rekod Malaysia sebagai “Pelancaran Kedai Peralatan Elektrik Terbanyak Dalam Satu Acara” bagi pelancaran serentak 18 kedai jenama Midea di seluruh negara. Pelancaran ini merangkumi 15 kedai jenama Midea baharu, 2 Midea Pro-Shops baharu dan 1 ruang pameran di Kuala Lumpur.

Image 8_Midea Brand Stores Grand Opening

Majlis ini menggariskan pertumbuhan pantas Midea di Malaysia. Ia menampilkan kira detik pelancaran, di mana kesemua 18 kedai merasmikan papan tanda hadapan kedai pada masa yang sama di seluruh Malaysia. Perasmian tersebut disiarkan secara langsung di semua lokasi serta di laman Facebook Midea Malaysia.

Pameran SMART MASTER

Midea turut memperkenalkan siri produk SMART MASTER ke pasaran Malaysia. Siri ini merangkumi pelbagai teknologi pintar merentasi rangkaian perkakas Midea yang direka untuk melaraskan diri secara bijak melalui teknologi AI dan sensor pintar mengikut keperluan pengguna.

Image 10_Midea Brand Stores Grand Opening

Bagi melengkapkan pameran SMART MASTER ini, Midea turut mempersembahkan rangkaian penyelesaian inovasi rumah terkini dari pelbagai kategori seperti:

  • Siri Avigator
  • Siri Insta-Fit Master
  • Set Dobi
  • Hud Dapur Berbentuk L MCH-90XS38 (RFID)
  • Hob Gas Terbina Dalam (MGH-2590GL (RFID)
  • Pembersih Vakum Robotik V12
  • Kipas Nirbilah

Promosi Eksklusif

Sempena pembukaan besar-besaran ini, Midea menawarkan beberapa promosi eksklusif bagi pengunjung sepanjang bulan Disember:

Hadiah dengan Pembelian:

  • Beli produk Midea terpilih pada 1 hingga 31 Disember 2025 dan menangi hadiah dengan pembelian.
  • Tertakluk kepada ketersediaan stok.

Putar dan Menang:

  • Dari 3 hingga 10 Disember 2025, belanja sebanyak RM288 dan ke atas dalam satu resit dan rebut peluang untuk menangi hadiah melalui aktiviti Putar dan Menang.
  • Pelanggan boleh berbelanja untuk mana-mana produk Midea di kedai yang mengambil bahagian.

Belanja dan Menang:

  • Belanja RM488 dan ke atas dalam satu resit pada 3 hingga 31 Disember dan pelanggan layak menyertai peraduan Belanja dan Menang dengan hadiah menarik untuk dimenangi.
  • Pelanggan boleh berbelanja untuk mana-mana produk Midea.

Pengembangan Midea di seluruh negara ini menandakan dedikasi untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik, sambil memperkukuh ketersampaian produk di lebih banyak wilayah di Malaysia.

Berkaitan

  • Midea Lancar Rangkaian Perkakas Rumah Pintar Baharu Di Malaysia
  • Siri 'Aircond' Baharu Midea Janji Penjimatan Elektrik & Tahan Cuaca Tropika
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY