Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
filem kamera

Pelakon Turut Tertakluk Pada Pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022

Diterbitkan Januari 3, 2023 · Dikemas kini Januari 3, 2023 oleh ariff bukhari

Menjelaskan tentang isu kerja lebih masa melibatkan penggiat seni dalam sektor penggambaran terutama para pelakon dan krew produksi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menjelaskan bahawa pekerja dalam industri perfileman tidak terkecuali dengan peruntukan dan pindaan terkini Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2023.

Justeru, kebajikan pekerja serta kelonggaran dalam tempoh bekerja yang diperuntukkan di bawah Aka Kerja 1955 adalah terpakai kepada penggiat industri filem yang terlibat dengan penggambaran.

Walau bagaimanapun FINAS menjelaskan, pihak mereka tidak ada kuasa perundangan untuk mengambil tindakan ataupun menetapkan had masa kerja penggiat seni berhubung aspek tempoh waktu kerja.

Berkaitan

  • Pekerja Boleh Mohon Bekerja Secara Fleksibel Bermula September Depan
  • Pengurangan Waktu Dan Kerja Fleksibel Tetap Dikuat Kuasa Bermula Tahun Depan
  • Maybank Sahkan Data Yang Dikatakan Tertiris Ialah Palsu

FINAS menegaskan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) tidak memberi kuasa perundangan kepada FINAS berhubung aspek tempoh waktu kerja.

Akta 244 juga tidak boleh mengatasi peruntukan Aka Kerja 1955 yang terpakai dan berkuatkuasa.

Sehubungan itu, FINAS berharap setiap pekerja dan majikan dalam industri seni cakna tentang pindaan terkini Akta Kerja 1955.

Selain itu, ketetapan jumlah waktu bekerja yang telah dipersetujui dan ditetapkan menurut terma dan syarat kontrak antara majikan dan pekerja hendaklah dipatuhi seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955.

Persetujuan terhadap terma dan syarat kontrak yang dimaksudkan adalah antara penerbit (sebagai majikan) dan pelakon/kru produksi (sebagai pekerja).

Sumber: FINAS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY