Pekerja Apple Mohon Tim Cook Kecam Keganasan Terhadap Palestin

Sekurang-kurangnya 1000 pekerja Apple memohon CEO syarikat, Tim Cook, untuk mengecam keganasan terhadap Palestin secara terbuka.

Dalam satu surat yang ditulis Apple Muslim Association (AMA), ia meminta Apple untuk mengakui yang "berjuta warga Palestin sedang tersiksa.".

Ahli AMA menulis surat tersebut selepas Apple gagal mengeluarkan kenyataan mengecam keganasan terhadap Palestin secara terbuka terutama yang berlaku sejak awal Mei lalu.

Selain itu, mereka juga menyatakan kekecewaan kerana syarikat itu sering berdiam diri dan bersikap 'neutral' terhadap isu berkaitan Palestin.

Baca juga - 5 Syarikat Teknologi Popular Yang Berpangkalan Di Israel

Antara isi kandung yang termasuk dalam surat permintaan tersebut adalah mereka ingin Apple nyatakan secara jelas, yang Apple percaya kehidupan warga Palestin juga penting.

Apple juga diminta untuk berusaha memahami dan sertai komuniti warga Palestin sepertimana dilakukan dengan komuniti lain dalam syarikat tersebut.

Namun, Tim Cook masih belum membalas apa-apa kenyataan rasmi.

Sumber: neowin