5 Syarikat Teknologi Popular Yang Berpangkalan Di Israel


Ketika ini sedang berlakunya serangan senjata serta pencerobohan oleh askar israel ke atas tanah Palestin.

Ketegangan memuncak ini berpunca selepas tentera israel menceroboh masuk dan menyerang masjid Al-Aqsa serta melakukan serangan ke atas orang awam Palestin sehingga mengorbankan nyawa penduduknya.

Disebalik perang  itu, Israel memiliki kepakaran dalam bidang teknologi yang membolehkan syarikat-syarikat teknologi yang berpangkalan di sana berada di mata dunia.

Di sini dikongsikan 5 buah syarikat teknologi popular yang berpangkalan di  israel.

1. Waze


Waze iaitu platfom navigasi  yang popular di dunia turut menjadi pilihan dikalangan rakyat Malaysia.

Sebelum dikenali sebagai Waze, ia dikenali sebagai FreeMap Israel yang dibangunkan oleh Ehud Shabtai, Amir Shinar dan Uri Levine dalam tahun 2007 di Tel Aviv.

Kapsyen: Antaramuka Freemap Israel sebelum menjadi Waze. Sumber: Medium


Waze juga menjadi syarikat aplikasi dari israel pertama yang dibeli lebih dari USD1 bilion.

Walaupun Google telah membeli Waze pada Jun 2013 dengan nilai USD1.2 bilion, tetapi pejabat utama mereka masih kekal beroperasi  di dalam israel iaitu di Tel Aviv-Yafo, IL.

2. WIX


WIX.com adalah sebuah platfom popular bagi membangunkan laman sesawang secara percuma.

Kapsyen: Sumber: WIX


Ia amat popular dikalangan pengguna internet yang mahu membangunkan laman sesawang mereka sendiri dengan mudah.

Sama seperti Waze, WIX juga bermula dalam tahun 2006 dahulu dan syarikat tersebut berpangkalan di Tel-Aviv, israel.

Wix juga memiliki pejabat-pejabat bagi menjalankan operasi mereka di beberapa buah negara besar lain seperti Amerika Syarikat, Brazil dan German.

3. Check Point Software


Check Point Software adalah sebuah syarikat keselamatan siber yang juga berpangkalan di Tel Aviv, IL.

Syarikat ini memfokuskan perkhidmatan seperti teknologi awan dan pembangunan perisian keselamatan,

Check Point Software tersenarai di tangga ke dua sebagai sebuah syarikat terbesar israel selepas Wix.

Nilai pasaran syarikat tersebut dianggarkan bernilai USD15.95 bilion.

Sumber: Companies Market Cap

4. MyHeritage


MyHeritage adalah platfom dalam talian yang membolehkan pengguna internet menyimpan dan berkongsi sejarah keluarga mereka.

Kapsyen: MyHeritage berpangkalan di Yehuda, berhampiran Tel Aviv. Sumber: MyHeritage


Ia dapat mencari saudara mara pengguna dengan mengimbas latar belakang individu yang mempunyai kaitan keluarga menerusi maklumat peribadi serta rekod pangkalan data penggunanya seperti kaum, negara, bangsa, bahasa, agama dan lain-lain.

5. Viber Messenger


Viber adalah sebuah aplikasi sembang sosial alternatif kepada WhatsApp, Skype dan Facebook Messenger.

Ia dibangunkan oleh Michael Shmilov yang berasal dari israel.

Viber merupakan aplikasi sosial nombor satu di dalam israel. Ia juga tersenarai di tangga ke 6 sebagai aplikasi sembang sosial paling popular di dunia.



Berdasarkan kepada data Statista, pengguna aktif Viber adalah dianggarkan seramai 260 juta pengguna sebulan.

Viber berkembang pesat selepas syarikat itu dibeli oleh syarikat Jepun iaitu Rakuten pada harga USD900 juta pada tahun 2014 dahulu.

Sumber: Business Insider