Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mungkin Hasilkan Lebih Sedikit iPhone Pada Tahun Hadapan

Pekerja Apple Mohon Tim Cook Kecam Keganasan Terhadap Palestin

Diterbitkan Mei 21, 2021 oleh Wiser MY

Sekurang-kurangnya 1000 pekerja Apple memohon CEO syarikat, Tim Cook, untuk mengecam keganasan terhadap Palestin secara terbuka.

Dalam satu surat yang ditulis Apple Muslim Association (AMA), ia meminta Apple untuk mengakui yang “berjuta warga Palestin sedang tersiksa.”.

Ahli AMA menulis surat tersebut selepas Apple gagal mengeluarkan kenyataan mengecam keganasan terhadap Palestin secara terbuka terutama yang berlaku sejak awal Mei lalu.

Selain itu, mereka juga menyatakan kekecewaan kerana syarikat itu sering berdiam diri dan bersikap ‘neutral’ terhadap isu berkaitan Palestin.

Baca juga – 5 Syarikat Teknologi Popular Yang Berpangkalan Di Israel

Antara isi kandung yang termasuk dalam surat permintaan tersebut adalah mereka ingin Apple nyatakan secara jelas, yang Apple percaya kehidupan warga Palestin juga penting.

Apple juga diminta untuk berusaha memahami dan sertai komuniti warga Palestin sepertimana dilakukan dengan komuniti lain dalam syarikat tersebut.

Namun, Tim Cook masih belum membalas apa-apa kenyataan rasmi.

Sumber: neowin

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY