Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RTX Overclock 1

Pecah Rekod, GeForce RTX 4090 Di ‘Overclock’ Sehingga Lepasi 4Ghz

Diterbitkan Julai 12, 2023 · Dikemas kini Julai 13, 2023 oleh ariff bukhari

‘Overclocker‘ profesional bernama Allen “Splave” Golibersuch telah mencipta rekod baru dengan menggunakan kad Nvidia GeForce RTX 4090 bagi melepasi frekuensi 4GHz.

RTX 4090 pada mulanya dilancarkan dengan kelajuan jam rangsangan pada 2.5GHz.

Walau bagaimanapun, Golibersuch ‘overclock‘ kadnya itu kepada kelajuan sehingga 4005MHz dan kemudian 4020MHz pada penanda aras yang melibatkan GPUPI iaitu perisian ujian tekanan yang mengira pemalar matematik Pi pada perkakasan grafik.

Kejayaan melepasi frekuensi 4GHz itu dibuat menerusi kad grafik Asus RTX 4090 yang belum dikeluarkan. Asus ada mempamerkan produk itu di Computex, tetapi ia masih belum mengeluarkan tanda harga atau ketersediaannya dipasaran.

Walau bagaimanapun, Golibersuch mendapat akses kepada satu kad grafik tersebut.

Khususnya, beliau menggunakan Asus ROG Matrix RTX 4090 yang ditempatkan dengan kerangka penyejukan cecair sendiri bagi membolehkan ia mencapai kelajuan jam yang lebih tinggi.

https://www.instagram.com/p/CuWF2T2u2eD/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Untuk mencapai kelajuan jam 4GHz itu, Golibersuch menggunakan cecair nitrogen pada suhu negatif 192 darjah Celsius untuk menyejukkan GPU tersebut.

Sebelum ini Golibersuch pernah memecahkan rekod ‘overclock‘ menggunakan cip Intel Core i9 13900K sehingga mencecah 9GHz.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • unifi Sahkan Kebocoran Data
  • TNG eWallet Sedang Bagi PIN Tambah Nilai Percuma Bernilai Sehingga RM3

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY