Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MCMC Menafikan Penglibatan Peraduan Anjuran Sebuah Syarikat Telekomunikasi

Diterbitkan Januari 21, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaporkan mereka telah mengesan wujudnya tindakan oleh pihak tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai MCMC yang meminta para pengguna memaklumkan kepada pihak Suruhanjaya itu sekiranya telah menerima sebarang surat atau pemberitahuan loteri daripada mana-mana e-mel atau syarikat yang mencurigakan.

MCMC mengeaskan bahawa pihak mereka tidak pernah terlibat dalam mana-mana peraduan berkaitan pemberian hadiah saguhati membabitkan sebuah syarikat telekomunikasi.

MCMC menjelaskan, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan Suruhanjaya itu akan dilakukan mengikut saluran rasmi mereka seperti laman sesawang ataupun menerusi platform media sosial Suruhanjaya sahaja dan bukannya menggunakan nama individu tertentu serta penggunaan bahasa yang meragukan.

Sehubungan itu, MCMC meminta orang awam untuk segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan dan tidak terpedaya dengan e-mel sedemikian jika mereka anda ada menerimanya.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
  • BYD Perkenal Sistem Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Dunia, Gabung Solar Dan Robotik
©2026 WISER.MY