Pelayar Microsoft Edge Untuk macOS masih diperingkat pembangunan.
Beberapa hari lalu, Microsoft telah mengadakan persidangan Microsoft Build 2019 yang berlangsung dari 6 hingga 8 Mei 2019.
Sepanjang pembentangan tersebut, mereka telah memberikan sedikit status tentang perancangan membawa aplikasi pelayar Microsoft Edge ke dalam sistem operasi macOS.
Walaubagaimanapun, pihak Microsoft tidak pula menyatakan tarikh bilakah aplikasi tersebut akan dilepaskan dan info-info penting tentang pelayar tersebut untuk boleh diguna oleh pengguna Mac.
Tidak lama selepas tamatnya persidangan tersebut, pautan untuk memuat turun aplikasi Microsoft Edge telah dibocorkan oleh pengguna akaun Twitter WalkingCat.
https://twitter.com/h0x0d/status/1125577891826192386?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1125577891826192386&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ilounge.com%2Fnews%2Fmicrosoft-edge-for-macos-download-links-leaked
Aplikasi tersebut sepatutnya hanya boleh dimuat turun oleh mereka yang berdaftar serta pembangun bertauliah dengan Microsoft sahaja.
Pada lewat tahun lepas, Microsoft telah mengumumkan bahawa Microsoft Edge bakal dibangunkan berasaskan Chromium untuk terus bersaing dengan pelayar web lain.
Buat masa ini, aplikasi pelayar Microsoft Edge masih dalam peringkat pembangunan. Jadi, sekiranya anda ingin mencuba memuat turun dan menggunakan aplikasi tersebut di Mac anda, anda mungkin akan berdepan dengan beberapa isu seperti kestabilan dan pepijat pada aplikasi tersebut
Versi pembangunan Microsoft Edge Canary ketika ini adalah v76.0.155.0.
P/s: Microsoft Edge untuk peranti iOS sudah boleh dimuat turun menerusi App Store.
Berkaitan
- Microsoft Sahkan, Windows 11 Pasang Aplikasi HP Smart Tanpa Kebenaran Dan Namakan Semula Pencetak
- Microsoft Defender Akan Hadir Pada Telefon Pintar Android Dan iOS
- Mesej Pemberian Kuota Internet Sebanyak 100GB Sempena Kemerdekaan Adalah Tidak Benar
- Opera GX Mobile Pelayar Pertama Di Dunia Untuk Permainan Peranti Pintar
- Internet 1Gbps Masih Tak Cukup? Ini Mungkin Kelajuan Internet Sebenar Yang Anda Perlu
- Microsoft Teams Pencabar Terbaru WhatsApp
- Microsoft Dakwa Pengguna Menaik Taraf Ke Windows 11 Adalah 2 Kali Lebih Pantas Berbanding Windows 10
- Microsoft Beri Amaran, Pepijat Pada Ciri Penyulitan Data Windows 11 Boleh Merosakkan Data
- Pelayar Vivaldi Kini Dengan Ciri "Break Mode"
- Google Chrome Adalah Pelayar Yang Paling Terdedah Kepada Kerentanan Tahun 2022 - Atlas VPN