MYSA Telah Melancarkan 5 Sistem Aplikasi Berteraskan Teknologi Angkasa Baharu Pada 2023

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, pada tahun 2023, mereka telah berjaya melancarkan penggunaan sepenuhnya 5 sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang baharu yang dimanfaatkan oleh lebih daripada 90 agensi pengguna dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perikanan, perhutanan, sumber asli dan alam sekitar, pemantauan tanah dan sebagainya.

5 sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang dibangun dan dioperasikan itu adalah:

1. 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗼𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗹𝘂𝗽𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗶𝘀𝗮 (𝗲-𝗦𝗶𝘀𝗮)


Sistem ini berfungsi sebagai platform untuk membantu agensi berkaitan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam memantau dan membanteras kewujudan lokasi pembuangan sisa haram dari semasa ke semasa menggunakan imej satelit beresolusi tinggi.



Sistem ini mengandungi maklumat lokasi pelupusan sisa bagi tiga kategori iaitu bukan kawasan berpotensi, tiada sisa namun berpotensi dan lokasi pembuangan sisa.

2. 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗚𝗲𝗼𝘀𝗽𝗮𝘁𝗶𝗮𝗹 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗱𝗶 𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗕𝗲𝗹𝘂𝗱


Sistem ini diibangunkan bagi membantu agensi pertanian mengurus dan memantau penanaman padi secara komprehensif, sistematik dan lebih berkesan secara dalam talian.

Sebanyak 4 komponen utama terdapat dalam sistem ini iaitu perolehan data satelit, analisis dan penjanaan maklumat data satelit, pembangunan pangkalan data bersepadu serta output dan sebaran maklumat.



Sistem ini mengandungi maklumat keluasan tanaman padi, maklumat profil pesawah, hasil dan pendapatan pesawah yang terkini dan dalam bentuk digital yang lebih sistematik.

3. 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗮𝘁𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝗮𝗱𝘂 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 (𝗲-𝗨𝗻𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱)


Sistem aplikasi e-Unified adalah hasil kerjasama antara MYSA, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang (PTG Pahang) dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK Pahang).

Objektif sistem ini adalah untuk membangun dan mengoperasi sistem aplikasi dan pangkalan data berteraskan teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan bagi memudah dan memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan tanah di Negeri Pahang dengan lebih menyeluruh, cekap dan berkesan.

4. 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗚𝗲𝗼𝘀𝗽𝗮𝘁𝗶𝗮𝗹 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗱𝗶 𝗟𝘂𝗮𝗿 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻𝗴 (𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸)


Sistem ini adalah kesinambungan dari Sistem MakGeoPadi di 12 jelapang padi negara apabila sistem ini memfokuskan kawasan luar jelapang padi negara dengan Negeri Perak sebagai negeri perintis.



Sistem ini mempunyai 4 komponen utama iaitu perolehan data satelit, analisis dan penjanaan maklumat data satelit, pembangunan pangkalan data bersepadu serta output dan sebaran maklumat.


5. 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗔𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗚𝗜𝗦 𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗕𝗡𝗠 𝗚𝗲𝗼𝘀𝗽𝗮𝘁𝗶𝗮𝗹 𝗦𝘆𝘀𝘁𝗲𝗺)


Sistem ini dibangunkan untuk kegunaan Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank-bank lain yang berkaitan dibawah seliaan BNM yang berfungsi membantu pengguna untuk mengakses maklumat bagi tujuan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan lokasi ibu pejabat BNM, Pejabat Wilayah atau cawangan BNM dan lokasi-lokasi agen bank, bank, Money Services Business (MSB) dan mesin ATM di samping keperluan lain oleh agensi yang berkaitan.

Sistem ini akan dapat membantu dalam pengurusan dan perancangan perbankan berteraskan teknologi angkasa, remote sensing, GIS dan ICT dan seterusnya akan dapat menjimatkan masa, mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti.



{suggest}

Sumber: MYSA