Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI MOBO

Ini Senarai Papan Induk AM5 Siri 600 Dari MSI

Diterbitkan Mei 24, 2022 · Dikemas kini Mei 24, 2022 oleh Firdaus

AMD telah mengumumkan CPU generasi seterusnya, AMD Ryzen 7000 yang akan menggunakan seni bina baru Zen4. Di samping itu, AMD juga melakukan anjakan paradigma dengan memperkenalkan papan induk (motherboard) AM5 baharu untuk Ryzen 7000 ini.

Setelah lebih 5 tahun pengguna AMD setia kepada platform AM4, tahun ini kita memerlukan papan induk siri 600 yang menyokong platform AM5 jika hendak menggunakan cip siri Ryzen 7000.

Oleh itu, MSI yang merupakan salah satu rakan niaga AMD telah memperkenalkan barisan papan induk baharu siri 600 yang menyokong platform AM5 untuk siri Ryzen 7000 berasaskan Zen4 ini.

Ini Senarai Papan Induk AM5 Siri 600 Dari MSI

MSI memperkenalkan MEG X670E GODLIKE, MEG X670E ACE, MPG X670E CARBON WIFI dan PRO X670-P WIFI untuk barisan papan induk AMD X670. Berikut merupakan spesifikasi untuk setiap papan induk MSI:

Papan Induk Siri MEG

MSI x670

  • Dilengkapi 4 slot storan M.2 (termasuk 1 M.2 PCIe 5.0 x4)
  • Mempunyai kad M.2 XPANDER-Z GEN5 Dual di dalam kotak (untuk 2 slot tambahan PCIe 5.0 x4 M.2)

Ini Senarai Papan Induk AM5 Siri 600 Dari MSI

Papan Induk Siri MPG

Ini Senarai Papan Induk AM5 Siri 600 Dari MSI

  • Menyokong 2 slot PCIe 5.0 x16
  • Dilengkapi 4 slot M.2 (terbahagi kepada 2 slot M.2 PCIe 5.0 x4 dan 2 PCIe 5.0 x4).
  • Didatangkan fasa kuasa 18+2 VRAM dengan 90A.

Ini Senarai Papan Induk AM5 Siri 600 Dari MSI

Papan Induk Siri PRO

Ini Senarai Papan Induk AM5 Siri 600 Dari MSI

  • Menyokong sambungan kuasa 8-pin untuk CPU
  • Mempunyai sistem “14+2 Phases Duet Rail Power”
  • 1 slot M.2 PCIe 5.0 x4
  • 2.5G Lan
  • Sokongan Wi-Fi 6E

Ini Senarai Papan Induk AM5 Siri 600 Dari MSI

MSI mungkin melancarkan papan induk X670E dan X670 ini pada bulan September nanti selari dengan pelancaran cip pemprosesan AMD Ryzen 7000.

Sumber: videocardz

Gambar utama: videocardz

Baca juga:

  • Google Semakin Hampir Mencipta AI Yang Ada Kemampuan Seperti Manusia
  • Naraka: Bladepoint Mobile Diumumkan Bagi Peranti Android Dan iOS
  • Rekaan Siri Kad Grafik RTX 40 Mungkin Sama Sahaja Dengan Siri RTX 30

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY