Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pameran LIMA Langkawi Kembali Untuk Edisi 2023

Pameran LIMA Langkawi Kembali Untuk Edisi 2023

Diterbitkan April 28, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2019 dahulu, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) akan kembali tahun ini.

Ia merupakan edisi ke-16 selepas tertangguh pada tahun 2021 kerana pandemik COVID-19.

LIMA’23 dijadualkan akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei 2023.

Untuk dari 23 hingga 25 Mei 2023, pameran dibuka khusus untuk pelawat perniagaan.

Lawatan untuk pelawat awam akan dibuka dari 26 hingga 27 Mei 2023 dari jam 10 pagi sehingga 5 petang.

Harga tiket bagi memasuki pameran LIMA’23 adalah RM30 seorang untuk lawatan 1 hari.

Tetapi jika anda merancang ingin melawat pameran untuk 2 hari, harga tiket adalah RM55 seorang.

Pembelian tiket boleh dibuat secara atas talian terus dari laman rasmi https://lima2023-register.com.my/public-visitor/.

Tetapi anda disyorkan membeli awal tiket LIMA ’23 secara ats talian kerana anda boleh mendapatkan cenderamata rasmi menerusi ‘goody bag’ LIMA’23 yang hanya berharga RM27.50 .

Cuma anda kena cepat kerana cenderamata ini adalah terhad selagi stok masih ada.LIMA 23 GOODY BAG

Pembelian untuk menebus goody bag ini boleh dibuat di laman https://www.pacerun.my/products/goody-bag-random-colour.

Bertemakan ‘Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia”, LIMA’23 bakal menampilkan pertunjukkan akrobatik udara mendebarkan serta demo sistem dan teknologi pertahanan tercanggih dari pelbagai negara melibatkan pertahanan maritim dan udara.

Berkaitan

  • MOSTI Akan Menerajui 'Space Tech Nexus' Dalam Pameran LIMA'23
  • Asus ROG Ally Akan Dilancarkan Pada 11 Mei Depan
  • MediaTek 9200+ Akan Diperkenal Pada 10 Mei Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY