Palit Malaysia telah mengemas kini harga baharu untuk kad grafik keluaran mereka di pasaran Malaysia. Palit merupakan salah satu jenama kad grafik pihak ketiga selari dengan jenama lain seperti Zotac, EVGA dan lain-lain.
Walaupun sebelum ini, ada jenama-jenama besar yang lain menurunkan harga kad grafik mereka, tetapi kita dapat melihat bahawa Palit menawarkan harga yang jauh lebih berbaloi untuk ringgit yang anda akan belanjakan.
Berikut merupakan harga baharu bagi kad grafik Palit daripada GTX 1650 (RM899) hinggalah yang paling berkuasa, RTX 3080 Ti (bermula RM4499).
Tambahan lagi, untuk memudahkan anda dalam membandingkan tawaran harga yang diberikan jenama-jenama lain dengan Palit, saya sertakan bersama kemaskini harga kad grafik yang dibuat oleh Asus ROG, Zotac dan EVGA.



Saya berharap penulisan ini dapat memudahkan pembaca untuk memahami harga kad grafik untuk setiap jenama yang ada dipasaran. Anda boleh membaca artikel ini untuk memilih kad grafik mana yang sesuai mengikut bajet anda.
Anda boleh rujuk pautan INI untuk mengetahui lokasi atau kedai pengedar sah bagi kad grafik Palit di Malaysia.
Beli GPU Palit di:
Shopee – https://invle.co/clbjofg
Lazada – https://invol.co/clbjofv
Sumber: Palit Malaysia