Detektif Rex Kiser, yang menjalankan pemeriksaan digital forensik di US, mengakui peranti Android masa kini sukar untuk dipecah masuk berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Menurutnya, "Setahun lalu, kami tak boleh pecah masuk kedalam iPhone, tetapi kami boleh pecah masuk kesemua model Android. Sekarang kami tak boleh pecah masuk kebanyakan peranti Android."
Antara peralatan yang digunakan untuk memecah masuk peranti pintar adalah dari syarikat Cellebrite. Ia merupakan antara syarikat yang dilantik oleh kerajaan US untuk memecah masuk peranti pintar. Menggunakan peralatan tersebut, model dari iPhone X sehingga ke bawah boleh dipecah masuk dengan mudah.
Antara data yang diperoleh melalui peralatan termasuklah rekod GPS, mesej, log panggilan, kenalan, serta data dari aplikasi seperti Instagram, Twitter, LinkedIn dan lain-lain. Namun, menggunakan peralatan Cellebrite yang sama juga, mereka tidak dapat mengekstrak data dari kebanyakan model Android.
Sebagai contoh, Google Pixel 2 dan juga Samsung Galaxy S9 tidak dapat dipecah masuk dengan mudah. Peranti lain seperti Huawei P20 Pro pula lagi menarik, ia langsung tidak membenarkan data diekstrak keluar.
"Kebanyakan peranti dengan perisian yang terkini lebih sukar untuk dipecah masuk. Saya fikir kebanyakan syarikat cuba untuk menyusahkan pihak berkuasa untuk mengambil data dari peranti menggunakan alasan privasi pengguna." Rex Kiser.
Jika anda mempunyai peranti yang dinyatakan di atas, ia tidak bermaksud peranti anda tidak boleh dipecah masuk sepenuhnya. Cuma proses untuk mengekstrak data menjadi lebih rumit ditambah dengan proses yang lebih lama. Ia tidak menjadi semudah peranti-peranti yang lain.
Jika sebelum ini anda menganggap bahawa peranti iOS lebih 'selamat' untuk digunakan berbanding Android, sekarang mungkin tidak lagi.
Sumber: Android Authority
Berkaitan
- Penstriman Netflix Pada Peranti Android Kini Lebih Jimat Data Dengan Codec AV1 Baharu
- Kemaskini Sekuriti Oktober Merupakan Kemaskini Terakhir Google Pixel 2016
- OnePlus Beri Amaran Kemaskini Android 11 Boleh Formatkan OnePlus 8, 8 Pro Secara Tidak Sengaja
- Kajian: Majoriti Telefon Android Kini Mempunyai Bateri Sekurang-Kurangnya Berkapasiti 5,000mAh
- Antutu Jelaskan Mengapa Anda Tidak Patut Bandingkan Skor Ujian Prestasi Antara Android Dan iOS
- Harmony OS 2.0 Diperlihatkan Untuk Telefon Huawei - Masih Sokong Aplikasi Android Dengan Antaramuka Lebih Lancar
- Android 11 Beta Akan Diumumkan 3 Jun Ini, Versi Akhir Rasmi Suku Ketiga Kelak
- WhatsApp Sedang Menguji Mod Gelap Pada Peranti iOS
- Permainan Farming Simulator 20 Kini Rasmi Untuk Android Dan iOS
- Aplikasi Truecaller Akan Dipasang Siap-Siap Dalam Telefon Android Di Malaysia