15 Ogos – Syarikat gergasi, Google dilaporkan sedang membina satu sistem pengoperasian baharu, dan berbeza dengan sistem operasi lain, sistem baharu itu dikatakan tidak berasaskan kernel Linux. Biarpun Google masih belum mengumumkan apa-apa tentang sistem itu, ia telah memberikan sedikit butiran tentang projek Fuchsia itu di Github. “Pink + Purple == Fucshia (a new Operating…
4 Telefon Pintar Mampu Milik Terbaik – Mengikut Takuk Harga Masing-Masing
12 Ogos – Dulu, harga sebuah telefon pintar boleh mencecah ribuan ringgit dan boleh dikatakan hanya mereka yang ‘atas-atas’ sahaja boleh memilikinya. Tetapi kini, dengan persaingan yang sengit – dibantu pula dengan perkembangan teknologi dari negara China – telefon pintar boleh didapati dengan harga yang murah dan berpatutan. Bagi memenuhi permintaan, syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar…
Bekas Jurutera Facebook Cipta Fabric – Aplikasi Jurnal Peribadi Automatik
12 Ogos – Seorang bekas jurutera Facebook mencipta aplikasi Fabric, sebuah aplikasi yang didedikasikan untuk merekod memori, aktiviti, video dan gambar, secara automatik untuk menjadi jurnal peribadi pengguna. Fabric dibangunkan hasil kerjasama Arun Vijayvergiya dan Nikolay Valchavoc; yang kedua-duanya adalah bekas jurutera media sosial gergasi Facebook selama beberapa tahun. Selepas meninggalkan Facebook, kedua-dua mereka bekerjasama…
Pengguna Facebook Akan Tetap Dihidangkan Dengan Iklan Biarpun Sudah Memasang Perisian ‘Ad Blocker’
9 Ogos – Syarikat media sosial nombor satu dunia, Facebook, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan tetap menghidangkan iklan kepada pengguna-pengguna Facebook di komputer biarpun mereka telah memasang perisian ‘Ad Blocker’ di pelayar web. Perkara itu diumumkan oleh Facebook menerusi satu penulisan di blog mereka. Namun, syarikat itu turut mengumumkan bahawa mereka akan memberikan pengguna…
PlayStation Neo Dijangka Akan Diperkenal Pada September Ini
9 Ogos – Sony dijangka akan memperkenalkan PlayStation Neo (atau PlayStation 4.5 atau 4K) pada 7 September ini. PlayStation Neo mula menjadi buah mulut penggemar konsol apabila beberapa laporan mengenainya timbul di portal Kotaku pada Mac lalu. Dan Sony juga mengesahkan mengenai kewujudan konsol itu pada Jun baru-baru ini. Menurut laporan terbaru, Sony akan memperkenalkan…
Walmart Beli Jet.com Dengan Harga RM 12 Billion Untuk Bersaing Dengan Amazon
9 Ogos 2016 – Walmart hari ini mengambil langkah besar dalam rancangannya untuk bersaing dengan Amazon dalam dunia digital dengan mengumumkan bahawa ia akan membeli jet.com – laman web beli belah atas talian yang baru sahaja ‘hidup’ beberapa tahun – dengan harga $3 billion (RM12 billion) tunai, ditambah dengan saham sebanyak $300 juta (RM1.2 billion)…
