Beberapa hari yang lalu TM ada membuat satu pengumuman tentang penambahbaikan terhadap perkhidmatan sedia. Antara yang diumumkan adalah penawaran satu pelan jalur lebar baru iaitu Unifi 30Mbps pada harga langganan dibawah RM100, disasarkan kepada golongan B40. Satu lagi perkara yang mendapat perhatian ramai adalah tentang Unifi Turbo yang dikatakan mampu meningkatkan kelajuan internet sehingga 10x…
Surface Dari Microsoft Menggunakan Cip Intel Pentium Yang Lebih Murah
Keberangkalian untuk komputer tablet Surface dari Microsoft untuk membuat kemunculan pada tahun ini meningkat disebabkan maklumat dari FCC. Microsoft dikhabarkan mahu mengeluarkan rangkaian Surface yang baharu dengan harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing mereka, iPad. Surface baharu ini dikatakan dijual dengan harga bermula dari RM 1,600. Microsoft mengambil keputusan untuk menggunakan cip pemprosesan Intel yang…
Beli Samsung Galaxy A6/A6+ Dan Nikmati Promosi Menarik
Berminat untuk memiliki Samsung Galaxy A6 atau A6+? Sekarang adalah masa yang terbaik kerana Samsung Malaysia ada mengadakan dua promosi menarik untuk model berkenaan. Bermula hari ini, 6 Julai 2018 sehingga 5 Ogos 2018, setiap pembelian Galaxy A6 dan A6+ akan melayakkan anda menerima sekeping kad Mikro SD 32GB secara percuma (selagi stok masih ada)….
Honor Play Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
Selepas Razer Phone, Nubia Red Magic dan Xiaomi Black Shark, pengeluar telefon pintar semakin berlumba-lumba dalam menghasilkan peranti permainan mudah alih masing-masing. Honor juga tidak mahu ketinggalan apabila mereka telah mengumumkan pelancaran Honor Play pada bulan lepas. Kira-kira sebulan selepas ia diperkenalkan buat pasaran China, Honor kini memberi gambaran yang agak jelas bahawa peranti ini…
Cristiano Ronaldo Bakal Mempunyai Rancangan Realiti Sendiri Di Facebook
Demam Piala Dunia masih lagi menghantui peminat bola sepak di seluruh dunia ketika ini. Beberapa kejutan telah berlaku apabila terdapat beberapa pasukan pilihan yang tersingkir awal termasuklah pasukan yang diwakili oleh bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo iaitu Portugal. Ronaldo kelihatan sangat kecewa selepas pasukannya tumpas 2-1 kepada Uruguay pada pusingan 16 terakhir minggu lepas. Namun,…
10 Aplikasi iPhone Paling Popular Sepanjang Masa
Tidak kurang daripada seminggu sahaja lagi App Store bakal menyambut ulangtahunnya yang ke-10. Pada tanggal 11 Julai 2008, App Store pertama kali membuat penampilan bersama-sama dengan iPhone 3G dan sejak itu, ia semakin berkembang dengan menawarkan pelbagai aplikasi menarik. Difahamkan, App Store sudah mencatatkan 170 bilion kali muat turun dan pengguna telah membelanjakan lebih dari…
