Facebook telah mengumumkan beberapa fungsi baru semasa acara persidangan pembangun-pembangun mereka, F8 kira-kira dua bulan yang lepas. Antara pembaharuan yang ingin di bawa ialah aplikasi temu janjinya, Dating. Selepas agak lama mendiamkan diri, akhirnya Facebook mengesahkan bahawa mereka sedang dalam proses menguji aplikasi tersebut sebelum diperkenalkan kepada pengguna. Mark Zuckerberg dalam ucapannya di F8 berkata,…
AMD Gabungkan Cip Ryzen & Vega Kedalam Satu Cip SOC, Khusus Untuk PC Gaming & Konsol
AMD telah bekerjasama dengan Zhongshan Subor bagi menghasilkan peranti konsol dan PC gaming dengan menggunakan teknologi dari AMD untuk pasaran China. Kedua-dua peranti tersebut akan dikuasakan oleh cip AMD yang menggabungkan dua senibina Zen (pemprosesan) dan Vega (grafik). Cip AMD Ryzen™ yang terdiri daripada 4 teras/ 8 bebenang yang dikunci pada 3Ghz bersama-sama cip AMD Radeon™…
Cara Memeriksa Tahap “Kesihatan” Bateri Komputer Riba Windows 10
Kepada pengguna WIndows 10, berikut kami kongsikan cara – cara untuk memeriksa “Battery Health” Pada peranti tersebut. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut. Pertama sekali Klik kanan pada menu start dan pilih menu WIndows Power Shell (Admin). Seterusnya masukkan kod powercfg /batteryreport /output “c:\battery_report.html dan tekan Enter. Kemudian buka pada lokasi storan C:…
Pelanggan Jalur Lebar TM Perlu Hantar Notis Pembatalan 30 Hari Bagi Hentikan Langganan
Telekom Malaysia hari ini telah menetapkan bahawa semua pelanggan perkhidmatan jalur lebarnya, sama ada Unifi atau Streamyx perlu menghantar notis 30 hari lebih awal sebelum menghentikan langganan. Pengumuman tersebut telah dibuat melalui satu imej mesej pop-up yang dipaparkan pada laman sesawang rasmi Unifi. TM mengingatkan pelanggannya supaya menghantar notis ini terlebih dahulu sebelum ke TMpoint untuk…
Peranti Kelas Perdana Oppo Bakal Menjadi Yang Pertama Untuk Hadir Dengan Gorilla Glass 6
Panel Gorilla Glass keluaran syarikat Amerika, Corning telah menjadi salah satu bahagian telefon pintar yang semakin diambil berat berikutan harga skrin peranti yang semakin meningkat hari ini. Bulan lalu, kami pernah melaporkan tentang panel Gorilla Glass 6 yang baru dilancarkan oleh syarikat tersebut. Bercakap berkaitan perkara itu, Corning telah mengesahkan bahawa peranti pertama yang akan…
Google Bangunkan Enjin Carian Khusus Untuk China
Selain terkenal dengan industri teknologi dan pembuatan, China turut dikenali sebagai negara yang menyekat penggunaan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google dan beberapa yang lain. Mana-mana platform internet yang tidak menuruti peraturan di negara tembok besar itu akan dikenakan sekatan. Google sebagai enjin carian popular didunia tidak terlepas daripada sekatan tersebut tetapi kini mereka berusaha…
