Salah satu daripada peranti yang ditunggu-tunggu pada tahun ini, Google Pixel 3 dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada 9 Oktober ini. Ia berikutan kemunculan satu laman acah untuk peranti tersebut di laman Google Store baru-baru ini. Walaupun Google belum mengesahkan bahawa Google Pixel 3 akan dirasmikan pada tarikh berkenaan, satu imej GIF berbentuk jemputan telah didedahkan…
Huawei Akan Lancarkan Telefon Boleh Lipat Dalam Masa Setahun
Samsung sebelum ini telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan telefon boleh lipat sebelum tahun ini melabuh tirainya. Tidak mahu ketinggalan, Huawei baru-baru ini memberitahu bahawa mereka akan melancarkan peranti dengan teknologi sama dalam masa setahun akan datang. Gambar hiasan (Kredit : RS-Tech) Malah, Ketua Pegawai Eksekutifnya Richard Yu mengesahkan mereka kini sedang dalam proses membangunkan…
OnePlus 6T Sah Akan Mengikut Jejak Langkah iPhone, Hadir Tanpa Bicu Audio
OnePlus 6T telah disahkan tidak akan hadir dengan sokongan bicu audio 3.5mm, menurut pengasas bersamanya Carl Pei. Kenyataan itu dibuat melalui satu temuramah bersama TechRadar baru-baru ini. Walaupun keputusan itu agak berisiko, Pei berpendapat bahawa sekarang ialah masa paling sesuai untuk melakukannya. Ini kerana pasaran fon kepala atau fon telinga tanpa wayar kini semakin meningkat…
Cara Untuk Buangkan Virus “Pop-up” Pada Chrome
Pelayar laman sesawang yang sudah dijangkiti Malware, kebiasaannya akan muncul pelbagai “Pop-up” Iklan yang tidak sepatutnya. Adalah lebih malang lagi sekiranya pop-up yang muncul tersebut berbaur lucah dan sebagainya. Bagi mengatasi masalah tersebut, berikut kami kongsikan cara untuk anda “Reset” kembali pelayar Chrome pada PC untuk menghapuskan segala Malware yang “melekat” ketika melayari internet sebelumnya….
‘MyMaker Lahir Ramai Pencipta Generasi Muda
MELAKA, 13 Sept (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi tumpuan pada pelaksanaan program ‘myMaker’ untuk melahirkan lebih ramai pencipta dalam kalangan generasi muda negara ini. Ketua Bahagian Teknologi dan Masyarakat MCMC Aisharuddin Nuruddin berkata program berasaskan teknologi sebagai pencetus inspirasi dalam kalangan remaja itu juga memberi pendedahan dan kesedaran terhadap kepentingan ‘Internet…
Demo FIFA 19 Akan Tersedia Untuk Dimuat-Turun Bermula Hari Ini
Saban tahun, permainan video bola sepak terkenal, FIFA pastinya akan ditunggu-tunggu oleh peminatnya. Mana tidaknya, pembangun mereka, Electronics Art(EA) sentiasa mencari penambahbaikan baru untuk dibawa ke setiap keluaran permainan tersebut. FIFA 19 juga tidak terkecuali. Tambahan pula, mod The Journey yang mempunyai jalan cerita tersendiri akan menemui penghujungnya pada edisi kali ini. Selain itu, EA juga…
